Aku mimpi aku cabut gigi geraham sendiri.aku terus terjaga dari tidur. Apa maksudnya?
IRAH HARIZA'S HOME SWEET HOME
Wednesday, 26 December 2018
Wednesday, 21 December 2016
Kau Bintang Hatiku 10
BAB 10
NIRA bingung memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada Hadi. Patut ke dia ikut Hadi balik ke kampung? Bagaimana pula dengan mak? Tentu mak tak suka aku balik. Memang itu yang mak selalu cakap setiap kali aku balik ke sana.
“Tak ada gunanya kau balik, Nira. Kau balik pun buat sakitkan mata aku je. Lain kali kau jangan balik ke sini lagi. Hidup aku akan jadi lebih tenang,” ujar Puan Salbiah suatu ketika dahulu.
Hati Nira benar-benar tersinggung. Dia tidak menyangka Puan Salbiah dengan sampai hatinya mengungkap kata-kata yang begitu menusuk kalbunya. Dengan kata-kata itulah Nira bertekad tidak mahu pulang ke kampung lagi. Dia tahu tindakannya itu akan melukakan hati ayah. Dia juga tahu ayah menanggung bebanan kerinduan yang teramat sangat terhadapnya. Apa lagi yang Nira boleh lakukan selain melepaskan kerinduan itu melalui telefon. Hanya telefonlah yang menghubungkannya dengan ayah.
“ Bila Nira nak balik?” Masih kedengaran suara sayu ayah ketika Nira menghubunginya.
“ Nira tak bersedia lagilah ayah. Tengoklah, kalau tergerak hati Nira nak balik, Nira baliklah.”
Ayah mengeluh.
“ Kenapa Nira dengar sangat cakap mak tu? Mak memang sengaja cakap macam tu. Dia saja nak uji Nira.”
“ Tak apalah ayah. Nira sibuk ni.”
Pantas Nira memutuskan talian. Dia tahu ayah pasti akan tersinggung dengan tindakannya memutuskan talian tanpa sempat ayah berkata apa-apa. Nira sudah buntu memikirkan semua itu. Dia tidak mahu pujukan ayah terus menghimpitnya dalam kebingungan.
Itulah kali terakhir dia mendengar suara ayah. Dia sudah tidak menghubungi ayah lagi malah dia seringkali mengelak setiap kali ayah menghubunginya. Biarlah dia melenyapkan dirinya dari ayah untuk seketika. Dia mahukan ketenangan dari terus dibelengu oleh masalah yang dihadapi. Namun begitu ketenangan yang dicari bagaikan lenyap apabila Hadi muncul dan mengajaknya pulang ke kampung. Ini bermakna dia akan berhadapan dengan Puan Salbiah.
Memang sejak kecil lagi dia sudah disisihkan dari kasih sayang Puan Salbiah. Pantang saja ada kesalahan yang dia lakukan pasti Puan Salbiah akan memukulnya walaupun kesalahan yang dilakukan bukanlah sebesar mana. Gara-gara terlupa mencuci sebiji cawan yang dia gunakan setelah minum air, Puan Salbiah bertindak mengasarinya. Memang tidak masuk dek akal. Dia dihina dan dicaci tanpa belas kasihan. Mujurlah ayah dan abang Hadi sanggup menyebelahi Nira yang selalu dimarahi ibunya itu.
Nira kebingungan. Dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga Puan Salbiah menyimpan perasaan tidak senang hati dengannya. Nira sudah buntu meminkirkan cara untuk memenangi hati Puan Salbiah. Kalau dahulu, Nira pernah menghadiahkan sepasang baju kurung kepada Puan Salbiah sempena sambutan hari ibu. Malangnya pemberian ikhlas itu langsung tidak dihargai. Puan Salbiah dengan teganya menjadikan pemberiannya itu sebagai kain buruk. Betapa hancur luluh hati Nira. Dia seringkali terasa hati dengan sikap Puan Salbiah namun apa yang mampu dilakukan selain menelan saja kepahitan itu.
“ Nira, come in!”
Nira tersentak apabila bahunya ditepuk perlahan. Dia mendongak memandang Kak Sharifah.
“ Encik Harish panggil tu,” ujar Kak Sharifah. Nira mengerling sekilas ke arah pintu bilik Harish yang sedikit renggang. Dia menghela nafas panjang. Apa pula yang Harish nak kali ni? Tak boleh tengok aku senang sikit, ada saja yang dia tak puas hati. Keluh Nira.
Perlahan-lahan Nira bergerak lemah ke bilik Harish.
“ Ya,Encik Harish? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Nira sebaik saja dia menghampiri Harish yang sedang menanti kedatangannya.
Harish mengangkat muka. Anak matanya tajam menikam wajah Nira yang sedang menunduk. Hairan dia melihat Nira. Tidak pernah pula Nira begini.
“Err…duduklah,” arah Harish lembut. Keadaan Nira seperti itu membuatkan dia sedikit bersimpati.
“ Tak apalah Encik Harish. Kaki saya masih kuat untuk berdiri.”
Harish mengetap bibir. Aku suruh duduk, tak nak. Kalau aku suruh kau berdiri 24 jam kat situ, baru kau tahu. Suka hati kaulah, Nira.
“ Awak nampak tak bermaya. Kenapa? Awak ada masalah ke?” tanya Harish dengan riak kerisauan. Sejak pagi tadi Nira monyok saja, asyik termenung. Aku pulak yang naik risau dengan keadaan dia. Aku yakin Nira memang ada masalah. Kalau tak…takkanlah muka dia macam beruk tertelan belacan.
Nira mengangkat muka. Anak matanya menyapa mata coklat Harish yang langsung tidak bergerak dari merenungnya. Dahi Nira berkerut. Apa kenalah dengan Harish ni? Tiba-tiba je ambil berat pasal aku. Selama ni tak pernah pula dia tunjukkan sikap prihatin dia pada aku.
“ Er…er…tak ada apa-apa Encik Harish. Saya okey.”
Hisy…kenapa aku gugup pulak ni!
“ Tak apalah kalau macam tu. Hm…awak dah makan?”
Nira menggeleng. Memang dia belum menjamah apa-apa makanan pun sejak dari pagi tadi. Dia langsung tidak berselera. Masalah yang ditanggung sekarang ini seolah-olah membuatkan dia kekenyangan.
“ Jom kita pergi makan. Saya belanja,” ajak Harish bersungguh-sungguh.
Nira semakin pelik. Hisy, betul ke Harish yang berada kat depan aku ni? Kenapa dia baik semacam? Buang tebiat ke apa dia ni? Agaknya mamat ni betul-betul dah nak gila.
“ Encik Harish okey ke?” Nira pula yang naik risau. Takkan betul Harish dah buang tebiat? Hisy, hairan aku.
“ Kenapa? Saya nampak macam orang sakit ke?” tanya Harish pula. Dia pula yang naik hairan. Dia meraba dahinya. Tak panas pun. Dia rasa macam sihat walafiat saja.
Nira menggaru leher.
“ Er… tak apalah Encik Harish. Saya dah kenyang.”
“ Alah, jomlah. Bukan selalu saya nak belanja awak makan. Awak cakap saja awak nak makan apa. Saya belanja.”
Bertambah-tambah kerutan didahi Nira. Kenapa dengan Harish? Adakah ini salah satu tanda yang Harish ingin memikat hatinya? Takkan Harish dah terpikat dengan dia kot. Nira memeluk tubuh. Melihat Harish yang beriya-iya mahu mengajaknya keluar makan, membuatkan Nira mula berfikir yang bukan-bukan. Kalau ikutkan dia mahu menerima pelawaan itu. Makan free, siapa tak nak. Tapi sayangnya selera dia seakan-akan sudah tertutup. Dia rasa tidak bersemangat untuk lakukan apa pun.
“ Terima kasih sajalah Encik Harish. Saya tak rasa nak makan pun. Mungkin lain kali saja.”
Harish mula berang namun dia cuba menyembunyikan riak tidak puas hati itu. Dia cuba untuk bertenang.
“Kalau macam tu, awak temankan saya makan jelah. Boleh,kan Nira?” Harish tidak berputus asa. Dia cuba untuk memenangi hati Nira.
“ Tak apalah Encik Harish. Saya sibuk, banyak lagi kerja yang saya kena buat. Encik Harish nak makan, Encik Harish pergilah sorang-sorang,” jawab Nira tanpa menghiraukan Harish yang sedang menahan kemarahan. Bukan dia tidak sedar yang wajah Harish sudah berubah riak. Biarlah Harish nak marah sekalipun. Dah aku memang tak nak makan, takkan nak paksa pulak!
Harish mendengus kasar. Aku buat baik, kau jual mahal pula. Ini ke perempuan yang mummy kata baik sangat tu?
“ Hei, Nira! What’s your problem, hah? Tell me!” jerkah Harish.Dia mula hilang sabar.
“ Yang awak nak tengking saya tak tentu pasal ni kenapa? Suka hati sayalah nak beritahu awak ke tidak. Masalah saya tak ada kena-mengena dengan awak, Encik Harish!”
Itu dia! Nira sudah turut meninggikan volume suaranya. Pantang dia bila Harish meninggikan suara. Ingat aku ni adik-adik dia ke nak tinggi-tinggikan suara?
Harish terdiam. Ya tak ya juga. Yang aku nak sibuk-sibuk dengan hal dia tu kenapa? Argh…kacau!
“ I’m your boss, Nira. Saya tak suka hal peribadi awak bawa sampai ke pejabat. Di sini tempat awak bekerja bukannya tempat untuk awak mengelamun memikirkan masalah awak tu.”
“ Memang saya mengelamun tapi saya tak abaikan kerja saya. Saya tak menyusahkan Encik Harish!”
Harish tersenyum sinis. Tak menyusahkan aku konon!
“ Memang awak ada menyusahkan saya, Nira. Pagi tadi…saya minta awak sediakan nescafe tapi apa yang awak buat? Awak buat kopi. Lepas tu satu bijik gula pun awak tak letak. Saya minta biskut tapi awak bagi saya ‘roti kering’ awak. Apa maksud semua tu, Nira? Awak tak rasa yang perbuatan awak tu menyusahkan saya ke?”
Nira menelan air liur. Betulkah aku buat semua tu? Nira seakan-akan tidak mahu mengakui hakikat itu lebih-lebih lagi bila Harish menyebut ‘roti kering’. Betul ke aku bagi Harish ‘roti kering’ aku? YA ALLAH, malunya aku!
“ Adakah perbuatan awak ni merupakan salah satu cara untuk awak balas dendam pada saya sebab saya ketawakan awak semalam? Tapikan… aksi awak jatuh tergolek tu betul-betul menggelikan hati saya.”
Harish ketawa apabila mengingati tragedi itu. Muka Nira merah padam. Dia tidak suka Harish mengungkit peristiwa yang memalukan itu!
“ Awak ni kan Encik Harish…”
“ What?” Harish bersuara sinis sambil memandang Nira yang menunding jari ke arahnya. Bagi Harish, kelakuan Nira seperti itu memang biadap namun Harish cuba tidak mengendahkannya. Dia tahu Nira sedang menahan kemarahan yang teramat sangat.
“…saya tak sukakan awak! I hate you very much!!” Suara Nira melengking kuat. Dia benar-benar marah. Terasa maruahnya dipandang hina oleh lelaki berlagak seperti Harish.
Harish tersenyum.
“ Habis, awak ingat saya sukakan awak ke? Jangan nak perasan Nira. Sikit pun saya langsung tak sukakan awak. Kalau boleh, saya tak mahu tengok muka awak sampai bila-bila,” ujar Harish dengan angkuh.
Hati Nira semakin membengkak. Kini bertambah lagi seorang makhluk ALLAH yang tidak sukakannya. Harish ni memang saling tak tumpah seperti Puan Salbiah. Kedua-dua manusia itu mahu melihat dia pergi jauh dari situ. Kerana rasa marah yang teramat sangat, air mata Nira mula mengalir perlahan. Rakus dia mengelap air mata itu. Dia tidak mahu kelihatan lemah dipandangan mata Harish. Pantas dia beredar dari situ. Dia takut kalau lebih lama dia di situ, dia akan mengambil tindakan di luar kawalan.
Harish melepaskan keluhan lemah sebaik sahaja Nira keluar dari situ. Entah mengapa perbalahan berlaku lagi di antara mereka sedangkan dia sudah cuba untuk berbaik-baik dengan Nira tapi Nira sering saja mencabar kesabarannya itu.
Harish kebuntuan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk memenangi hati Nira. Alah, kalau ikutkan hati, tak ingin aku nak berbaik-baik dengan perempuan tu. Ini semua mummy yang suruh. Mummy nak aku mintak maaf pada Nira. Ah, Nira pasti akan ketawa bila aku tiba-tiba saja memohon maaf pada dia dan semestinya dia akan ingat yang aku sudah mengalah. Oh, no way! Tercalarlah ego aku!
Nira menghempas kuat pintu bilik pejabat Harish. Beberapa orang staff yang sedang sibuk melakukan tugasan mengangkat muka memandang Nira yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Kak Sharifah pula takut-takut mahu menegur. Bimbang dia pula yang akan dimarahi.
Nira berjalan mundar-mandir. Dia berusaha menenangkan perasaan yang sedang terbakar. Namun hatinya mula memberontak. Sudahlah sekarang fikirannya sedang sarat dengan masalah, Harish pula tak habis-habis mencari pasal. Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak biarkan Harish terus-terusan memandang rendah pada aku. Tak guna!
Nira sudah bulat dengan keputusannya. Apa nak jadi, jadilah. Kau tak nak tengok muka aku sampai bila-bila, kan? Baik!
Nira masuk semula ke dalam bilik Harish tanpa mengetuk pintu.
“ Saya resign!” Terus Nira keluar dari bilik itu. Dia mencapai beg tangan lalu beredar. Selamat tinggal Permata Gemilang. Mungkin bukan rezeki aku berada di sini lagi. Dengan air mata berjuraian Nira melangkah lemah meninggalkan bangunan Permata Gemilang.
Harish yang sedang meneguk minuman tersedak. Dia terbatuk deras. Diurut dadanya yang terasa sakit. Apa yang berlaku sebentar tadi sangat pantas. Dia sendiri tidak terfikir yang Nira akan menerjah masuk ketika dia sedang meneguk minuman. Tak pasal-pasal dia tersedak. Nasib baik tak mati tercekik.
“ Nira…Nira resign?” Harish tertanya-tanya. Betulkah apa yang dia dengar tadi. Pantas Harish bangun. Dia menapak keluar mencari Nira namun Nira sudah tiada.
“ Mana Nira?” Harish bertanya pada Kak Sharifah.
“ Dia dah balik, Encik Harish,” jawab Kak Sharifah takut-takut.
Harish menghela nafas panjang. Dia menutup perlahan daun pintu biliknya. Jadi betullah apa yang dia dengar tadi? Nira nak resign? Habislah aku kalau mummy tahu. Desis hati Harish.
“ NIRA jangan ambil hati ya. Harish tak sengaja cakap macam tu.”
Nira menyembunyikan cebikan. Tak perlulah Datin Zarah membela Harish. Dia kenal siapa Harish dan bagaimana layanan lelaki itu terhadapnya.
“ Nira kembali bekerja di Permata Gemilang ya? Auntie tak mahu kehilangan pekerja yang berdedikasi seperti Nira.”
Harish sudah buat muka. Berdedikasilah sangat!
“ Harish, buat apa duduk jauh-jauh tu? Mari sini!” panggil Datin Zarah Harish yang dari tadi dok terintai-intai di balik tembok melangkah masuk ke halaman rumah Nira. Dia menghampiri Datin Zarah dan Nira yang sedang duduk di meja bulat.
“ Ada apa mummy?”
“ Cepat minta maaf pada Nira.”
“ Kenapa Rish pula yang kena minta maaf pada Nira. Nira yang cari pasal dengan Rish.”
Nira mencerunkan matanya memandang Harish. Kenapa dia rasa Harish macam kecil saja dimatanya. Kalau dihumban ke dalam laut pun best jugak ni. Baru puas hati!
“ Bila masa saya cari pasal dengan Encik Harish? Encik Harish yang mulakan dulu!” Nira tidak mahu mengalah.
“ Awak yang degil, tak nak dengar cakap saya!”
“ Tapi Encik Harish tak ada hak nak layan saya seteruk itu.”
“ Baik. Awak beritahu saya apa yang awak tak puas hati dengan saya. Awak tak suka saya suruh awak kemas meja saya atau bersihkan bilik saya? Baik, lepas ni awak jangan buat. Lagi, apa yang awak tak suka? Awak tak suka sediakan minuman dan sarapan untuk saya? Okey, yang itu pun awak tak perlu buat lagi. Lagi? Apa yang awak tak puas hati lagi? Tell me!”Harish sudah mula meninggikan suara.
Nira terdiam. Kalau tak kerana Datin Zarah ada di situ, memang dia sudah melawan cakap Harish.
“ Harish, sudahlah tu. Kan mummy dah pesan cakap elok-elok dengan Nira. Kalau ada apa-apa masalah, duduk berbincang. Bukan bertegang urat macam ni,” tegur Datin Zarah. Menggeleng kepalanya dengan panas baran Harish. Masih tak berubah.
“ Orang macam Nira ni memang tak boleh dibawa berbincang. Sia-sia saja mummy datang ke sini semata-mata nak pujuk dia.”
“ Harish!”
“ Awak dengar sini baik-baik, Nira. Esok pastikan yang awak datang bekerja. Kalau saya tak nampak muka awak dekat pejabat esok, saya sendiri yang akan heret awak ke sana. Jangan sesekali cabar kesabaran saya. Faham?!” Usai saja berkata-kata, Harish terus melangkah pergi.
Nira terkedu. Dia kehilangan kata-kata. Melihat wajah serius Harish sebentar tadi membuatkan hatinya bergetaran.
“ Auntie minta maaf bagi pihak Harish. Harish tak patut bercakap kasar dengan Nira macam tu,” ujar Datin Zarah kesal.
“ Tak apalah auntie. Saya tak ambil hati.” Sedaya upaya dia menahan perasaannya. Entah mengapa dia rasa sedih. Dia rasa seperti mahu menangis. Mungkin kerana Harish menengkingnya di hadapan Datin Zarah membuatkan dia rasa sangat berkecil hati.
“ Auntie harap sangat Nira fikirkan balik keputusan Nira. Auntie betul-betul berharap Nira kembali semula ke Permata Gemilang. Tentang Harish, Nira tak perlu risau. Auntie akan cuba nasihatkan dia.” Lembut Datin Zarah memujuk.
Nira menghela nafas panjang. Hatinya mula berbelah bahagi.
Friday, 16 December 2016
Kau Bintang Hatiku 9
BAB 9
NIRA menekan punat remote control televisyen mengikut sesuka hatinya. Dari satu siaran, dia beralih ke siaran lain. Dia kebosanan. Tiada apa yang dapat dilakukan ketika itu melainkan menonton televisyen sambil mengunyah makanan ringan.
Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 10.15 malam. Shira masih tidak pulang lagi walaupun malam semakin larut. Nira mula dilanda kebimbangan. Hisy… mana pulak minah ni pergi? Kata nak balik malam ni tapi bayang dia pun tak nampak lagi. Entah-entah dia tidur dekat rumah family dia. Kot ya pun… takkanlah tak ada masa nak call aku! Kalau tak ada kredit sekalipun apa salahnya kalau buat call-me-back ke. Sekurang-kurangnya aku tahu yang dia tak apa-apa. Nira merungut. Dia sakit hati. Shira seakan-akan sengaja membuatnya dilanda kebimbangan. Jagalah bila kau balik nanti, Shira. Rungut Nira geram.
Seketika kemudian dia mengeluh panjang. Dia teringat perbualannya dengan Hadi sewaktu mereka keluar bersama petang tadi.
“ Abang ingat minggu depan abang nak balik kampung jumpa mak dengan ayah. Nira ikut sekali ya?” ajak Hadi bersungguh-sungguh. Memang niatnya ingin pulang ke kampung bersama Nira walaupun dia tahu situasi yang melanda.
Nira terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia seakan-akan mati akal apabila Hadi menyebut perkataan ‘mak’. Sudah hampir tiga tahun Nira tidak menjenguk ibu bapanya di kampung. Kalau musim perayaan pun dia lebih senang menyambut hari lembaran itu bersama-sama dengan keluarga Shira. Bukan tidak pernah terlintas dihatinya untuk pulang ke sana tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi kata-kata hinaan dan sindiran dari ibunya lagi.
“ Nira ikut abang balik ya?”
Nira mengeluh apabila Hadi masih menanti persetujuannya. Dia mengerling sekilas ke wajah Hadi yang penuh mengharap.
“ Nira tak tahu lagi, bang,” jawab Nira perlahan. Hanya itu jawapan yang mampu diberikan kepada Hadi.
Hadi menghela nafas panjang. Sedikit kecewa dengan jawapan dari adik kesayangannya itu.
“ Abang tahu apa yang Nira fikirkan. Tapi… sampai bila Nira nak mengelak. Suatu hari nanti Nira akan berhadapan dengan mak juga. Baliklah Nira. Kalau Nira tak nak balik kerana mak, Nira baliklah kerana ayah. Ayah rindukan Nira. Ayah nak sangat jumpa Nira. Takkan Nira nak kecewakan ayah lagi? Nira tak kesiankan ayah ke atau Nira memang tak pernah rindu langsung pada ayah?” ujar Hadi bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Nira terus mengelak dari berjumpa dengan Puan Salbiah. Lagipun wajah mengharap ayah benar-benar meresahkan hati Hadi setiap kali dia pulang ke kampung. Dia sudah tidak tahu alasan apa lagi yang perlu diberikan kepada ayah setiap kali ayah bertanyakan tentang Nira.
“ Nira pun rindukan ayah tapi abangkan tahu yang mak tak sukakan Nira. Apalah ertinya kalau ada orang yang benci dengan kepulangan Nira. Lagipun Nira tak berani nak berdepan dengan mak. Mak terlalu bencikan Nira,” keluh Nira lemah. Sikap Puan Salbiah seperti itu sering membuatkan Nira terluka.
“ Ketepikan soal mak. Yang penting sekarang, Nira kena fikirkan tentang ayah. Ayah rindukan Nira. Jangan hampakan harapan ayah. Please, Nira…”
Nira terdiam. Pujukan Hadi sedikit sebanyak membuatkan hati Nira menjadi lembut. Dia akan rasa bersalah kiranya terus menghampakan harapan Hadi lebih-lebih lagi harapan ayahnya. Dia tidak mahu ayah kecewa lagi. Cukuplah sebelum ini dia mengecewakan ayah bila seringkali mengelak dari pulang ke kampung. Tapi dapatkah dia menepis segala kata-kata sinis Puan Salbiah? Argh…
“ Nira akan fikirkannya, abang.” Nira tidak mahu berjanji. Cukuplah sekadar dia berkata begitu.
“ NIRA…open the door!”
Nira terjaga dari tidur apabila terdengar ketukan kuat di pintu utama rumahnya. Tidak disangka dalam sibuk dia melayan fikiran, terlelap pula dia.
Nira mengerling ke arah jam dinding. Pukul sebelas? Hm… sekejap je aku terlena rupanya.
Pantas Nira menutup televisyen yang masih bersiaran. Kemudian dia memfokuskan semula pandangannya ke arah muka pintu. Tak silap aku tadi, aku ada dengar orang ketuk pintu. Mimpikah aku?
Nira menggaru kepalanya yang terasa gatal. Beberapa saat kemudian dia mendengar bunyi ketukan di pintu itu. Dia menelan air liur. Macam nak terpelanting pintu itu dibuatnya.
“ Nira…buka pintu ni kalau tak… aku tendang!”
Nira mengerutkan dahi. Orang gila mana pula yang terpekik terlolong malam-malam ni? Entah-entah Shira.
Nira masih tercegat di situ. Dia mahu memastikan suara itu milik Shira atau tidak.
“ Nira!!!”
Serentak itu tendangan hebat dilepaskan didaun pintu. Nira semakin yakin yang suara itu adalah suara Shira. Pantas Nira berlari anak ke arah pintu utama. Takut juga dia kalau-kalau tendangan kedua Shira akan menyebabkan pintu itu terkopak. Shira kalau bab tendang-menendang memang terror!
Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melihat kelibat Shira sedang bercakap-cakap dengan Harish.
“ Er.. I ..I saja nak exercise, Harish. I nak cuba tendangan I ni berkesan ke tidak,” ujar Shira dengan riak menggelabah. Malunya bukan kepalang bila tiba-tiba sahaja Harish menegurnya. Pasti Harish mendengar laungan kuatnya berserta tendangan hebat yang dilepaskan. Argh, malunya. Mana aku nak sorok muka ni?
“ Oh, yakah? I ingatkan apalah tadi. Terkejut juga tadi bila terdengar orang terpekik terlolong di sini…macam orang gila pula,” kata Harish lalu ketawa kecil.
Shira buat-buat ketawa. Dihatinya dia sangat geram. Orang gila? Cis!
“ Eh, you tak tidur lagi ke Harish?” tanya Shira berpura-pura berminat untuk beramah mesra dengan anak jirannya itu. Dia mengerling ke arah Nira yang masih tercegat di muka pintu.
“ I tengah membaca kat luar ni tadi. I nampak you balik. Tu yang I datang bila dengar bunyi bising-bising dekat sini.”
“ Oh yakah? I tak perasan pulak yang you ada dekat halaman rumah you tadi,” kata Shira. Dia betul-betul tidak menyedari kehadiran Harish yang sedang membaca di meja batu yang berada di halaman rumahnya. Kalau dia tahu, tentu dia tidak akan bertindak tidak senonoh seperti tadi. Hilang sudah keayuannya.
Nira mendengus kasar. Berani Shira berbual mesra dengan musuhnya. Yang paling menyakitkan hati bila mendengar gelak tawa Harish. Suara tawa itu kedengaran sumbang ditelinganya. Entah mengapa dia merasakan yang Harish sedang mentertawakan dirinya.
“Shira, sampai bila kau nak berdiri dekat sini? Kau nak tidur di luar ni ke?” jerkah Nira tiba-tiba.
Shira dan Harish tersentak mendengar jerkahan kasar dari Nira.
“ Er…okeylah Harish. I masuk dulu ya.”
Harish hanya tersenyum sambil mengangguk.
“ Hai, Nira. Tak tidur lagi ke?” tanya Harish ramah.
Pertanyaan Harish dibalas dengan dengusan kasar oleh Nira. Dah macam bunyi dengusan seladang liar pun ada.
“ Shira, masuk cepat!” bentak Nira apabila melihat Shira terkial-kial mengangkat barang yang dibawa dari rumah keluarganya.
Shira yang baru saja melangkah masuk terkejut dengan bentakan itu dan tanpa diduga dia terpijak kaki Nira. Shira merasakan yang tubuhnya ingin tertonggeng namun dengan pantas dia memautkan tangannya dilengan Nira. Nira yang tidak bersedia dengan tindakan Shira gagal mengimbangkan badan lalu kedua-duanya jatuh tergolek ke lantai. Serentak dengan itu, Nira dan Shira mengaduh sakit. Harish yang melihat kejadian itu tergelak besar. Macam nangka busuk mereka tergolek. Betul-betul menggelikan hatinya.
Nira menggosok punggungnya yang terasa sakit. Tak guna punya Shira! Tak pasal-pasal aku dapat malu. Dahlah jatuh depan pintu, depan Harish pulak tu! Mana aku nak sorok muka ni? Aduh, malunya! Tanpa berlengah lagi Nira terus berdiri. Hatinya semakin membara mendengar tawa galak Harish.
“ Hei, you! Just shut up!” jerit Nira ke arah Harish. Tawa lelaki itu membuatkan Nira semakin membenci Harish.
Pantas Harish memekup mulutnya apabila matanya terpandang anak mata Nira yang begitu tajam memandangnya.
“ Awak nak saya tolong awak ke Nira?” Sinis kata-kata Harish.
Nira bengang.
“ Pergi!” tempelak Nira.
Harish segera masuk ke dalam rumah dengan tawa yang memanjang.
Nira puas hati apabila Harish melenyapkan diri dari pandangan matanya. Dia mula mengalihkan pandangan ke arah Shira yang masih duduk dilantai. Gadis itu sedang mendongak memandangnya.
“ Er…er… sorry Nira. Er… tak sengaja,” jawab Shira sambil tersengih-sengih. Nira mendengus kasar.
“ Pasal kaulah aku dapat malu. Tak pasal-pasal aku kena gelak dengan Harish.”
“ Ala, aku bukannya sengaja. Yang kau terperanjatkan aku tu kenapa? Kan dah sama-sama tergolek. Padanlah dengan muka kita berdua,” kata Shira lalu tergelak. Entah macam manalah aksi mereka tergolek tadi. Tentu melucukan. Kalau tak… takkanlah Harish tergelak macam orang tak betul.
“ Yang kau balik lewat tu kenapa? Aku ingatkan kau tidur kat rumah family kau. Dah tu…bukannya tahu nak call ke, miss call ke. Aku kat rumah ni risau fikirkan kau, tahu tak?” Nira membantu Shira mengangkat barang-barang yang dibawa oleh Shira.
“ Er… sorrylah. Bateri handphone aku dah habis. Tu yang aku tak dapat nak call kau. Lepas tu pulak, aku terlupa nak bawak kunci rumah. Itu sebablah aku terjerit-jerit kat luar ni suruh kau buka pintu. Time tu pulak aku tak perasan yang Harish tengah tengok aku. Mesti dia nampak aksi aku tendang pintu ni tadi. Aduh, malunya aku!” kata Shira lalu memekup mukanya dengan telapak tangan. Dia cuba membayangkan Harish berada di hadapannya. Argh…
Nira ketawa kecil mendengar kata-kata Shira. Tentu Harish pelik melihat Shira berkelakuan seperti orang gila.
“ Hm…aku ingatkan Harish nak tackle kau tadi. Memang padan sangatlah kau dengan dia!”
Shira mencebik.
“ Hei, sudah! Jangan mula nak melalut. Lagipun baru hari ni aku bertegur sapa dengan dia. Tapikan Nira, Harish tu handsome jugak, kan? Tergugat juga iman aku tengok dia tadi. Fuh…macho habis!”
Nira membulatkan mata mendengar kata-kata itu. Ah, sudah! Takkan Shira terpikat dengan mamat tu pulak? Mamat buruk perangai seperti Harish tu memang tak layak untuk Shira!
“Handsome tapi perangai macam orang tak cukup akal baik tak payah! Buang masa je kau puji orang macam tu. Baik kau puji Muthusamy jiran kita tu. Walaupun muka dia tak handsome, kulit hitam legam macam buntut kuali tapi hati dia baik. Daripada Harish tu…Hisy…tak tahulah aku nak kata apa!”
“ Jangan macam tu Nira. Nanti terpikat dengan Harish, aku tak tahu.”
“ Excuse me. Kalau dibagi free pun aku tak inginlah. Dia boleh blah!”
“ Jangan cakap besar Nira. Nanti kau betul-betul sukakan dia.”
“ Ee…selisih malaikat 44.”
Nira bingkas bangun. Dia terus melangkah menaiki anak tangga. Malas dia mahu melayan Shira yang suka bercakap tentang benda yang langsung tak masuk dek akal. Lagipun matanya sudah mengantuk, lebih baik dia tidur daripada melayani kerenah Shira.
Friday, 2 December 2016
Kau Bintang Hatiku 8
BAB 8
“NAK ke mana, Shira?”tanya Nira sebaik sahaja melihat Shira yang berpakaian kemas. Pasti Shira mahu keluar. Entah ke manalah gadis itu mahu pergi waktu hujung minggu begini.
" Aku kena balik rumah family aku. Nak ikut?”
Pantas Nira menggeleng.
“Tak dapatlah. Petang ni abang Hadi nak datang. Dia ajak aku temankan dia pergi shopping.”
“Hm…tak apalah. Nanti kirim salam dekat bakal suami aku tu ya.”
Nira tersenyum. Dia tahu Shira bergurau. Tak mungkin Shira ada hati dengan abang Hadi. Lagipun abang Hadi dah bertunang.
“Pukul berapa kau balik nanti?” tanya Nira sambil mengekori langkah Shira yang berjalan menuju ke keretanya.
“Mungkin malam.”
Shira membuka pintu kereta kelisanya. Belum sempat dia memboloskan diri ke dalam perut kereta, satu suara menyapanya.
“ Nak ke mana tu Shira?”
“ Balik ke rumah mama,auntie,” jawab Shira sambil memandang mesra Datin Zarah yang sedang duduk di kerusi batu di halaman rumahnya.
“ Oh…nanti kirim salam pada mama Shira ya.”
Shira mengangguk. Dia tahu Datin Zarah dan mamanya,Tengku Zana memang mengenali antara satu sama lain malah hubungan mereka agak rapat.
“Saya pergi dulu auntie.”
Pantas Shira memboloskan diri ke dalam perut kereta.Dia tidak mahu kelewatan. Dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebab itu dia mahu segera pergi.
“ Take care Shira. Pandu kereta tu baik-baik.”
Shira mengangguk. Pantas dia menekan pedal minyak lalu kereta itu bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah.
“ Nira dah sarapan ke belum?” tanya Datin Zarah setelah kelibat kereta Shira hilang dari pandangan.
Nira menoleh ke arah Datin Zarah.
“ Belum auntie.”
“ Ha, kalau macam tu, mari sini! Hari ni Nira breakfast di rumah auntie.”
Mata Nira membulat. Hisy… menyesal pula aku mengaku yang aku belum breakfast. Habislah… kalau dulu bolehlah jugak aku lepak-lepak di rumah Datin Zarah tapi selepas kepulangan Harish dari luar negara, aku langsung tak jejakkan kaki ke situ. Ini semua kerana aku tak mahu tengok muka Harish!
“ Tak apalah auntie. Saya breakfast kat rumah saja,” jawab Nira seraya menolak pelawaan Datin Zarah dengan baik. Dia tidak mahu Datin Zarah tersinggung.
“ La, apa salahnya breakfast dengan auntie. Harish pun ada sekali. Seronok dapat makan ramai-ramai. Nira pun tak adalah sunyi sangat bila Shira tak ada.”
Nira semakin gelisah. Alasan apa aku nak bagi ni?
“ Tak apalah auntie. Saya tak mahu menyusahkan auntie dengan Harish. Lagipun saya dah sediakan sarapan, tinggal nak makan je. Membazir pula kalau dibiarkan macam tu je,”kata Nira. Harap-harap Datin Zarah tidak terus mendesaknya. Tolonglah auntie. Saya memang tak mahu berjumpa dengan Harish buat masa ini!
“ Kalau macam tu, bawa semua tu ke rumah auntie. Kita makan di rumah auntie saja.” Datin Zarah tetap tidak mahu mengalah.
Nira mengeluh. Aduh, masalah…masalah…
“ Nira…”
“ Ya auntie, saya datang sekarang.” Nira terpaksa mengalah. Dia sudah tiada alasan lagi untuk mengelak. Kalau dia terus-terusan mencipta alasan, tentu Datin Zarah akan syak yang bukan-bukan. Nak tak nak dia mengatur langkah ke arah pintu pagar rumah Datin Zarah. Apa boleh buat, dah terpaksa…
“ Auntie tengok Nira selalu mengelak bila auntie ajak datang ke sini. Kalau dulu tak ada pulak macam ni tapi sejak Harish ada, Nira terus mengelak dari auntie. Shira pun macam tu jugak. Ada apa-apa yang tak kena ke atau Nira dan Shira sebenarnya tak suka Harish ada di sini?” Datin Zarah cuba menduga.
Nira semakin resah.
“ Eh, bukan, bukan! Bukan kami tak suka Harish ada di sini. Kami suka sangat. Er… kami bukannya nak mengelak dari auntie tapi kami cuma tak mahu menyusahkan auntie lagi. Auntie dah buat segalanya untuk kami jadi selepas kepulangan Harish, kami dah bertekad tak mahu menyusahkan auntie lagi,” jelas Nira bersungguh-sungguh. Dia cuba meyakinkan Datin Zarah namun begitu tekaknya terasa loya ketika dia berkata yang dia suka dengan kepulangan Harish. Bagi Nira, ketiadaan Harish, hidupnya akan menjadi lebih aman dan tenteram.
“ Nira, auntie dah anggap Nira dan Shira macam anak auntie sendiri. Auntie tak rasa apa yang auntie lakukan selama ini menyusahkan diri auntie malah auntie rasa seronok bila kamu berdua sentiasa berada di sisi auntie. Kepulangan Harish tak pernah sedikit pun menggugat kasih sayang auntie pada kamu berdua. Bagi auntie, kamu berdua tetap anak kesayangan auntie,” jelas Datin Zarah.
Nira menjadi sayu mendengar kata-kata itu. Dia cuba menatap sinar mata Datin Zarah dan dari situ dia dapat melihat betapa ikhlasnya kata-kata yang dituturkan oleh wanita yang berusia 45 tahun itu. Datin Zarah memang wanita yang jujur. Wanita itu tidak pernah membandingkan darjat dan kedudukan seseorang itu dengannya sebab itu Nira lebih selesa ketika bersama Datin Zarah. Wanita itu sudah dianggapnya seperti ibu kandungnya sendiri malah tidak keterlaluan kiranya Nira mengatakan yang Datin Zarah lebih baik berbanding ibunya sendiri.
Selama ini Nira tidak pernah menerima layanan yang baik daripada seorang ibu. Ibunya itu sangat membenci dirinya. Nira langsung tidak tahu apa salahnya sampaikan Puan Salbiah seakan-akan berdendam dengannya. Mujurlah ada ayah dan abang Hadi. Merekalah yang selalu membela Nira setiap kali Nira dihina oleh ibu kandungnya sendiri. Walau sejahat dan sekejam mana pun Puan Salbiah terhadap dirinya, Nira tetap menyayangi wanita itu.
“ Mari Nira. Kita masuk ke dalam. Tentu Mak Jah dah hidangkan sarapan. Harish pun mungkin dah tunggu di meja makan.”
Lamunan Nira terhenti apabila Datin Zarah menarik lembut lengannya. Dia hanya mengekori langkah wanita itu dari belakang. Kelibat Harish tidak kelihatan di meja makan. Alhamdulillah… harap-harap Harish tak akan turun makan bersama mereka. Kalau tidak, haru jugak jadinya. Hilang semua selera aku nanti.
“ Harish tak bangun lagi ke Mak Jah?” tanya Datin Zarah kepada Mak Jah yang sedang menuang air nescafe ke dalam cawan.
“ Rasanya belum lagi Datin. Tak apalah, biar Mak Jah pergi kejutkan dia.”
Mak Jah ingin mengorak langkah tetapi Nira pantas menghalang.
" Err…saya rasa tak perlulah kejutkan Harish. Mungkin dia nak berehat. Lagipun Harish asyik sibuk kebelakangan ni sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Auntie… biarlah Harish berehat ya. Kita tak payahlah kacau dia,” kata Nira. Dia cuba memberi alasan yang terbaik supaya dia tidak berhadapan dengan Harish. Dia berharap sangat Datin Zarah menerima kata-katanya itu.
“ Hm…betul juga apa yang Nira cakap tu. Tak apalah Mak Jah. Tahulah Harish nak bangun nanti,” ujar Datin Zarah seraya memberi kata putus.
Nira melonjak kegembiraan di dalam hati. Ingin saja dia memeluk dan mencium Datin Zarah ketika itu. Argh…lega hati aku!
“ Auntie risaukan Harish. Dia selalu balik lewat malam kebelakangan ni. Apa pun auntie rasa bangga sebab Harish begitu komited dengan kerjanya. Nira harus contohi Harish untuk menjadi lebih maju.”
Nira tersenyum tawar. Dia rasa sedikit meluat bila Datin Zarah memuji anaknya itu.
“ Macam mana Harish di pejabat? Dia layan staf-staf di situ dengan baik tak?”
“ Susah saya nak cakap, auntie. Tapi alang-alang auntie dah bertanya rasanya saya memang patut berterus terang dengan auntie pasal perangai Harish yang sebenarnya. Kalau auntie nak tahu, Harish bukanlah sebaik yang auntie selalu agung-agungkan tu. Bagi saya, Harish terlalu jahat, auntie. Dia terlalu kejam. Dia selalu saja buat saya hilang sabar. Tapi yang peliknya, bila dengan staf-staf lain dia okey pulak, tapi bila dengan saya, ada je yang tak kena. Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Apa salah saya auntie? Kenapa tergamak Harish buat saya macam tu?
Saya menderita, saya terseksa. Saya bencikan dia auntie. Saya betul-betul tak sukakan dia. Bagi saya ketiadaan Harish akan menjadikan kehidupan saya lebih aman seperti waktu dahulu. Auntie, tolonglah saya. Tolonglah singkirkan Harish dari Permata Gemilang sebelum saya membuat keputusan mencencang lumat tubuh dia!” kata Nira bersungguh-sungguh. Malangnya kata-kata itu hanya mampu terucap di dalam hati sedangkan yang lahir dari mulut Nira adalah sebaliknya.
“Harish seorang ketua yang baik. Dia melayan kami dengan mesra. Kami amat menyenanginya.”
“ Alhamdulillah. Auntie tahu Harish memang anak yang baik walaupun dia panas baran sikit orangnya. Tapi auntie yakin, dia tak akan sampai hati menyinggung perasaan orang lain,” kata Datin Zarah sambil tersenyum lebar. Rasa bangga terselit di dalam hati kerana memiliki anak seperti Harish.
Nira tersenyum pahit mendengar kata-kata itu. Kalaulah Datin Zarah tahu macam mana teruknya sikap Harish, tentu Datin Zarah tidak akan mengaku yang Harish tu anaknya. Harish bukanlah anak yang baik seperti yang disangkakan. Harish terlalu kejam. Sikapnya itu betul-betul menerbitkan kebencian dalam diri Nira untuk lelaki yang bernama Harish Saufi! Kalau diikutkan rasa hati mahu sahaja dia memancung kepala lelaki berlagak itu. Biar lelaki seperti itu tidak wujud lagi di dalam dunia ini!
“ Nira, what are doing here?” jerkah Harish sebaik sahaja dia tiba diruangan dapur.
Nira tersentak mendengar suara lantang itu. Aik, macam familiar je suara tu. Dia menoleh. Terbeliak biji matanya melihat keadaan Harish yang begitu seksi pada pagi itu. Harish hanya berseluar pendek separas lutut tanpa berbaju dan sehelai tuala melingkari leher lelaki itu. Wow, Harish betul-betul mengancam. Berketul-ketul gitu! Auww!!
“ Hei, apa yang awak pandang? Oh, nak ambil kesempatan ya!” tempelak Harish dengan kasar. Pantas dia menutup badannya yang tidak berbaju itu dengan tuala. Tidak sanggup dia membenarkan tubuhnya dinodai dengan renungan mata Nira yang merenungnya tidak berkelip. Macam tak pernah tengok orang!
“ Apa ni Rish. Cuba cakap elok-elok sikit. Nira ni kan tetamu kita,” sela Datin Zarah. Sebenarnya dia sedikit terkilan dengan sikap anaknya itu. Selama ini Harish tidak pernah pun begitu apatah lagi meninggikan suara.
“ Kenapa mummy suruh ‘beruk’ tu datang ke sini? Rish tak sukalah. Baik mummy suruh dia balik!”
“ Rish!”
“ Tak apalah auntie. Saya balik dulu.” Nira berkata perlahan. Dia bingkas bangun. Walaupun dia sudah biasa dengan mulut laser Harish seperti itu, dia tetap terasa hati. Sekurang-kurangnya janganlah jatuhkan maruah dia di hadapan Datin Zarah. Sampai hati Harish memanggilnya beruk. Nira menarik nafas. Lagi lama dia di situ, takut akan meletuskan perang dunia ketiga pula.
“ Eh, Nira tak usahlah macam ni. Harish bergurau saja tu.” Cepat-cepat Datin Zarah menghalang Nira dari beredar.
“ Tak usahlah auntie nak pujuk saya. Saya tahu Harish…”
“ Hoi, Encik Harish! Bukan Harish,” sampuk Harish lantang.
“ Harish!” jerkah Datin Zarah.
“ Saya balik dulu auntie.”
Nira melangkah pantas. Semakin lama dia di situ dia bimbang kesabarannya akan menipis. Bila kesabarannya menipis, dia bimbang dia akan bertindak kejam pada lelaki perasan bagus tu. Jujur sebenarnya dia agak tersinggung dengan layanan Harish sebentar tadi. Sanggup menghalau dia keluar dari rumah itu. Memang tak reti nak hargai tetamu agaknya. Tengoklah suatu hari nanti, kalau kau datang rumah aku,aku akan halau kau macam anjing kurap. Jangan ingat aku tak berani. Kau belum tahu siapa aku!
Datin Zarah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia tahu Nira tersinggung. Pantas dia mengekori langkah Nira tanpa menghiraukan Harish yang sedang marah.
“ Maafkan auntie dengan apa yang telah terjadi hari ni,” ujar Datin Zarah kesal.
Nira tersenyum.
“ Tak apalah auntie. Saya tak ambil hati.” Perlahan dia menjawab. Dia mahu menjaga hati Datin Zarah walaupun ketika itu hatinya benar-benar sedang membara.
“ Auntie tak tahu pula yang Harish bad mood hari ni. Selalunya dia tak macam tu,” keluh Datin Zarah lagi. Dia mengekori Nira hingga ke pintu pagar rumahnya.
“ Petang ni auntie nak ke rumah Datin Ariya. Nira ikut sekali ya.”
Nira menggeleng.
“ Tak boleh auntie. Petang ni abang Hadi nak datang. Dia nak ajak saya keluar.”
Datin Zarah mengeluh.
“ Tak apalah. Lain kali kita pergi ya?”
Nira mengangguk.
“ Saya balik dulu auntie.”
Datin Zarah mengangguk.
“ Apa kena dengan Rish ni, nak marah-marah tak tentu pasal?” jerkah Datin Zarah sebaik sahaja dia tiba di meja makan. Wajah selamba Harish yang sedang mengunyah makanan dipandang dengan rasa tidak puas hati.
“ Nira tu kan ada rumah. Yang dia sibuk-sibuk datang ke sini tu buat apa?” Harish membalas dengan wajah selamba.
Dia langsung tidak rasa bersalah memberi layanan ‘istimewa’ seperti itu kepada Nira.
“ Mummy yang jemput dia, Harish!”
“ Rish tak suka Nira datang ke sini. Kalau boleh tengok muka dia pun Rish tak mahu,” jerkah Harish lalu melangkah meninggalkan Datin Zarah yang terpinga-pinga.
Datin Zarah mengerutkan dahi. Kenapa dengan Harish? Apa yang dah jadi sebenarnya?
Hisy, budak ni!
“ HADI lama tak datang ke sini,” tegur Datin Zarah sebaik sahaja ternampak kelibat Hadi yang baru keluar dari perut kereta. Harish turut mengangkat muka memandang lelaki segak yang bernama Hadi itu.
“ Sibuk sikitlah auntie. Baru hari ni saya dapat luangkan masa untuk Nira,” jawab Hadi sambil tersenyum mesra. Kemudian, anak matanya tertancap ke arah seorang pemuda yang sedang membasuh kereta di halaman rumah Datin Zarah.
“ Anak auntie ke?” Hadi mengukir senyuman untuk Harish manakala Harish membalasnya antara ikhlas atau tidak.
“ Ha’ah. Harish namanya.”
“ Oh, yang belajar kat overseas tu? Nira tak cerita pun yang Harish dah balik.”
“ Mungkin Nira terlupa nak beritahu Hadi,” balas Datin Zarah.
“ Bang… lama tunggu?” tanya Nira sambil menghampiri Hadi yang sedang berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumahnya dengan rumah Datin Zarah. Pantas dia merangkul lengan Hadi.
“ Baru je,” jawab Hadi perlahan.
Harish mengerling sekilas ke arah Nira yang sungguh mesra dengan Hadi. Hm… boyfriend dialah tu. Tak pun tunang. Hisy..menyibuk pulak aku ni. Siapa pun lelaki tu pada Nira, tak ada kena-mengena langsung dengan aku. Buat apa aku nak sibuk-sibuk jaga tepi kain dia! Hisy, menyampah pulak aku tengok. Gedik semacam je Nira tu. Belum ada hubungan lagi dah peluk sana sini. Tak malu ke? Meluat aku!
“ Auntie, kami pergi dulu ya,” ujar Nira lalu melangkah beriringan dengan Hadi menuju ke kereta Hadi yang terparkir di tepi jalan.
“ Siapa tu mummy?” tanya Harish setelah kelibat kereta Hadi hilang dari pandangan. Dia menghampiri Datin Zarah yang sedang duduk di kerusi batu.
Datin Zarah meletakkan buku yang dibacanya di atas meja batu yang berada di hadapannya. Kemudian dia mengangkat muka memandang Harish.
“ Hadi… abang Nira.”
Oh, abang rupanya. Ingatkan kekasih.
Harish melabuhkan punggung di sebelah Datin Zarah. Dia meneguk juice orange yang dihidangkan.
“ Nira dan Hadi memang baik. Mereka tak sombong. Mummy sukakan mereka.”
Harish mendengus kasar. Dia mula sakit hati. Lagi-lagi Nira. Tak ada orang lain ke yang mummy nak puji? Apa yang istimewa sangat Nira tu?
" Mummy, boleh tak mummy stop cerita pasal Nira? Rish tak suka mummy sebut nama Nira di hadapan Rish. Rish boringlah!” jerkah Harish.
Datin Zarah mengerutkan dahi. Sedikit terkilan dengan reaksi anak tunggalnya itu.
“ Apa kena dengan Rish ni? Kenapa Rish tak suka Nira?” tanya Datin Zarah. Dia inginkan kepastian dari Harish. Dia tidak mahu ada jurang yang terbina antara Harish dan Nira apatah lagi perasaan benci. Dia mahu Harish berbaik-baik
dengan Nira. Dia mahu impiannya untuk menyatukan Harish dan Nira terlaksana.
“ Rish kata Rish tak suka, Rish tak sukalah!” bentak Harish. Pantas dia berlalu meninggalkan Datin Zarah yang terpinga-pinga dengan sikapnya.
Apa kena dengan Harish ni? Tak pernah pula Harish berkasar dengannya. Harish betul-betul dah berubah.
Datin Zarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa dengan Harish? Cemburukah dia? Hm… mungkin juga. Aku lebih mengutamakan Nira dari Harish sejak kebelakangan ni. Pasti Harish rasa tersisih. Bukan dia tidak kenal dengan perangai anak lelakinya yang seorang itu. Pantang bila tengok mummynya menyayangi orang lain. Macam budak-budak!
Datin Zarah melepaskan keluhan perlahan. Dia bingkas bangun. Dia mula mengatur langkah menuju ke bilik Harish di tingkat atas. Pintu diketuk beberapa kali. Setelah beberapa minit, Harish muncul dimuka pintu dengan wajah yang masam mencuka.
“ Boleh mummy masuk?”
Harish mengangguk perlahan. Dia mengalihkan tubuhnya,memberi ruang kepada Datin Zarah untuk melangkah masuk.
Segera Datin Zarah melabuhkan punggung di birai katil Harish.
“ Mari Harish duduk dekat mummy,” ujar Datin Zarah sambil menepuk-nepuk ruangan disebelahnya.
Pada mulanya Harish kelihatan teragak-agak namun apabila melihat kesungguhan mummynya, dia terpaksa menurut.
Rajuknya masih lagi bersisa.
“ Tell me what’s your problem, Harish,” ujar Datin Zarah sambil mengusap rambut Harish.
Harish hanya menggeleng. Usapan lembut dikepalanya itu membuatkan hatinya yang panas membara sebentar tadi menjadi sejuk.
“Harish cemburukan Nira, kan?” Datin Zarah ingin menduga. Reaksi Harish seperti itu meyakinkan Datin Zarah yang Harish memang mencemburui Nira. Kalau tak… takkanlah setiap kali dia bercerita tentang Nira,Harish akan naik angin.
Harish terdiam. Tekaan Datin Zarah memang benar. Kerana itulah Harish tidak suka pada Nira. Kasih sayang Datin Zarah pada Nira membuatkan Harish dipagut rasa cemburu.
“ You must know that I love you so much. Very-very much Harish. Memang mummy sayangkan Nira tapi kasih sayang mummy pada Rish lebih dari segalanya. You are my son, tentulah mummy lebih sayangkan anak mummy ni.”
“Rish cemburulah mummy. Rish sakit hati bila mummy asyik cerita pasal Nira. Rish rasakan yang Nira cuba merampas hak Rish. Rish tak sanggup mummy. Rish tak sanggup kehilangan mummy, kasih sayang mummy.” Harish berkata perlahan. Biarlah Datin Zarah mengetahui apa yang dipendamkan selama ini.
Datin Zarah tersenyum kecil. Sikap Harish memang tidak pernah berubah. Sejak dari kecil Harish memang begitu. Datin Zarah teringat suatu peristiwa di mana Harish sangat cemburu apabila Datin Zarah mendukung seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya. Harish yang ketika itu berusia enam tahun berasa tergugat apabila melihat Datin Zarah mencium pipi kanak-kanak itu bertalu-talu. Tanpa diduga Harish menampar kanak-kanak itu hingga meraung dibuatnya.
“ Ini mummy Rish. Mummy tak boleh sayang orang lain. Mummy hanya boleh sayangkan Rish sorang je!”
Masih diingati kata-kata Harish. Memang Harish akan berasa cemburu apabila Datin Zarah bermesra dengan orang lain.
Tidak disangka sikap Harish itu akan terbawa-bawa hingga dia dewasa. Langsung tidak nampak kematangan dari segi itu. Silap diakah kerana terlalu memanjakan Harish?
“ Rish dah dewasa, kenapa mesti bersikap begitu lagi?” keluh Datin Zarah.
“ Mummy tahukan yang Rish sangat sayangkan mummy. Rish rasa tergugat bila mummy sayangkan orang lain. Masa di
London dulu, hidup Rish jadi tak tenteram bila mummy hantar e-mail dan asyik bercerita tentang kebaikan Nira. Rish tahu mummy sayangkan Nira sebab tu Rish sakit hati dan marahkan Nira. Kalau boleh Rish cuba nak menjauhkan mummy dari Nira,” luah Harish tanpa berselindung. Dia mahu mummynya tahu yang dia sangat menyayangi wanita itu.
“ Kenapa Rish boleh fikir macam tu? Kesian Nira… Dia gadis yang baik. Nira tak pernah terniat nak merampas mummy dari Rish,” keluh Datin Zarah lagi. Kesian Nira…tak pasal-pasal dia yang menjadi mangsa kebencian Harish.
“ Mummy dapat rasakan betapa terlukanya hati Nira bila Harish halau dia keluar pagi tadi. Mummy yakin yang Nira betul-betul tersinggung dengan sikap Harish. Mummy tak pernah ajar Harish begitu. Walaupun Rish tak sukakan dia, selagi dia menjadi tetamu kita, Rish kena hormatkan dia.”
“ Rish tak dapat nak kawal kemarahan ni setiap kali tengok muka Nira.”
Datin Zarah mengusap rambut anaknya itu lagi lalu dihadiahkan kucupan sayang didahi Harish.
“ Belajar mengenali Nira. Rish akan tahu betapa baiknya Nira.”
Harish terdiam. Patutkah aku menuruti kata-kata mummy? Bolehkah aku berbaik-baik dengan Nira sedangkan dia tahu aku membenci dirinya? Mampukah aku melaksanakannya? Argh!!!
Kau Bintang Hatiku 7
BAB 7
“ YOU memang hebat. Everything you did, it’s really perfect. I gembira dapat bekerjasama dengan you. I harap di masa akan datang kita boleh bekerjasama lagi.”
“ Thanks Dato’. Tapi I rasa pujian you terlalu tinggi untuk I terima. I bukanlah hebat seperti yang you sangkakan.”
“ Tak perlu nak merendah diri, Harish. You memang hebat dalam dunia perniagaan sama seperti your late father. Kalaulah arwah masih ada, tentu dia akan berbangga kerana punya anak sehebat you. By the way, I need to go. I ada meeting lagi lepas ni.”
“ Thanks for the great lunch. Next time I akan belanja you pula,” ujar Harish sebelum Dato’ Karim melangkah pergi.
Harish menghela nafas panjang. Kata-kata Dato’ Karim tadi mengingatkan dia pada arwah daddynya. Kalaulah daddy ada, tentu hidupnya akan lebih bermakna. Tentu mummy tak akan kesunyian. Dia faham perasaan mummy. Mummy benar-benar rasa kehilangan. Sayangnya, dia tiada disaat mummy perlukan dirinya. Dia hanya diberitahu tentang kematian daddynya setelah seminggu berlalu. Alasan mummy, mummy tidak mahu menganggu dia yang sedang menduduki peperiksaan akhir. Lama jugalah Harish merajuk. Siapa yang tidak marah kalau hal-hal penting seperti ini dirahsiakan. Entah mengapa ketika itu dia merasakan tindakan Datin Zarah sangat kejam. Dia langsung tidak diberi peluang menatap wajah arwah daddynya disaat-saat akhir. Dia benar-benar kecewa. Namun apabila memikirkan semula tentang itu, dia tahu ada sebab Datin Zarah bertindak begitu.
“ Ehem!”
Harish tersentak. Melayang segala lamunan dan kesedihannya. Dia mengerling sekilas.
“ Encik Harish tak nak balik ke? Takkan nak bertapa dekat sini?” tanya Nira sambil mengerutkan dahi. Dah macam patung cendana pula dia melihat Harish berdiri tegak memandang pemergian Dato’ Karim sehingga hilang dari pandangan. Ada sedikit kesedihan terpamer diwajah itu. Takkan Harish sedih bila berpisah dengan Dato’ Karim? Dah macam pasangan kekasih pula nak bersedih-sedih bagai. Takkanlah Harish ada hubungan istimewa dengan Dato’ Karim? Hisy, tak masuk akal langsung!
“ Apa, awak ingat saya suka ke berlama-lama dekat sini lagi-lagi dengan awak. Hisy, tak kuasalah saya!” Harish terus mencapai briefcasenya. Dihulurkan briefcasenya itu pada Nira. Nira hanya menyambutnya dengan muka cemberut. Aku pun tak ingin berlama-lama dengan kau dekat sinilah! Rungut Nira. Dia mengekori langkah Harish. Untung dia hari ni dapat makan makanan yang mahal-mahal. Nasib baik ada Dato’ Karim. Kalau tak ada Dato’ Karim tadi, memang dia dah melantak sehabis-habisan. Bukan selalu dia dapat makan free macam ni. Hehehe…
“ Excuse me sir.”
Langkah Harish terhenti. Nira yang sedang melangkah di belakang Harish juga turut menghentikan langkah. Mereka memandang seorang pelayan lelaki yang sedang menghampiri Harish. Pelayan lelaki itu memberikan sesuatu kepada Harish sambil berkata sesuatu. Kemudian mereka memandang ke suatu arah. Nira yang tidak tahu apa yang berlaku turut menoleh. Matanya menangkap kelibat seorang gadis cantik yang duduk tidak berapa jauh dari mereka. Gadis itu tersenyum-senyum memandang Harish. Harish pula hanya membalas dengan senyuman tipis.
“ Thanks. Let her know that I will call her later.” Harish berkata sebelum menyambung langkahnya.
Fahamlah Nira kini. Nampaknya Harish ada peminat. Excuse me? Harish ada peminat? Lelaki berlagak yang angkuh lagi ego lagi teruk ni pun ada peminat ke? Buta ke apa perempuan tu? Orang macam Harish pun dia nak jugak ke? Ee…tolonglah! Gumam Nira. Kalau ikutkan hatinya, dia mahu pergi pada perempuan itu dan jelaskan sikap Harish yang sebenar. Kalau perempuan itu tahu bagaimana teruknya perangai Harish, pasti Harish akan direjectnya!
“ What the…” Harish tidak meneruskan kata-katanya. Dia tersenyum sinis sambil memandang kad kecil yang tertulis salam perkenalan berserta dengan nama dan nombor telefon perempuan tadi. Dia bersandar di keretanya sambil menatap kad kecil itu.
Nira yang berdiri di sebelah Harish sudah buat muka meluat. Banggalah tu dapat kad daripada peminat. Eleh, setakat kad macam tu aku langsung tak heranlah. Aku pun ada dapat banyak kad lagi-lagi bila raya menjelang. Macam-macam jenis kad aku dapat!
“ It’s really stupid!”
Terkedip-kedip mata Nira melihat Harish mengoyakkan kad kecil itu lalu dicampakkan ke tanah. Kejamnya tindakan Harish. Kalau ya pun nak buang, buanglah dekat tempat lain. Mana tahu kalau-kalau perempuan tadi nampak perbuatan Harish, tentu kecil hati gadis itu. Lagipun mana boleh buang sampah merata-rata. Elok-elok kerajaan dah sediakan tong sampah, lagi mahu buang merata-rata ke?
“ Encik Harish tak elok buang sampah merata-rata. Tong sampahkan ada. Lagipun kalau Encik Harish tak suka kad tu, janganlah koyakkan dekat sini. Mana tahu kalau-kalau perempuan tadi tu nampak, kecil pulak hati dia,” tegur Nira dengan penuh berhemah.
“ Ada saya kisah?” balas Harish selamba. Dia terus memboloskan dirinya ke dalam kereta BMW biru metaliknya yang cantik berkilat.
Nira mendengus. Aku cakap baik-baik, kau boleh cakap macam tu pulak. Tak guna betul! Nira terus masuk ke dalam kereta.
BUM!
Pintu kereta ditutup kuat. Hampir terjojol biji mata Harish melihat aksi kasar Nira.
“ Awak tak boleh tutup pintu kereta saya baik-baik ke? Kalau terkopak pintu kereta saya ni tadi macam mana?” jerkah Harish. Memang pantang dia bila kereta kesayangannya dikasari.
“ Ada saya kisah?” Nira memulangkan paku buah keras. Langsung tidak gentar dengan panahan mata Harish yang begitu tajam menikam.
Harish mendengus. Dia menghidupkan enjin kereta lalu kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya. Nira menyembunyikan senyuman kemenangan.
***
“ HAI kak,” Nira menegur Kak Sharifah yang sedang ralit menghadap komputer.
Kak Sharifah mengangkat muka. Seperti terkena renjatan elektrik dia berdiri lalu menyapa Encik Harish tanda hormat pada ketuanya. Harish hanya membalas acuh tidak acuh saja sebelum menghilang ke dalam bilik pejabatnya. Kak Sharifah berkerut. Ketat semacam je muka Encik Harish. Yang Nira ni pulak asyik senyum memanjang. Apa kena pula mereka berdua ni?
“ Kenapa berdiri je tu? Akak nak jadi Tugu Negara pula ke?”tegur Nira sambil meletakkan beg tangannya di atas meja.
“ Kenapa dengan Encik Harish tu? Ketat semacam je muka dia.”
“ Entah. Datang bulan kot,” balas Nira selamba. Sepanjang perjalanan pulang ke Permata Gemilang, Harish hanya mendiamkan diri. Hanya muka ketat yang dilemparkan. Takkan terasa kot dengan kata-katanya tadi. Ada taman juga dalam hati Harish. Ingatkan kental sangat. Nira ingin ketawa namun segera ditahan. Nanti makin panjang berjela pula pertanyaan Kak Sharifah. Buat masa ini dia malas mahu bersoal jawab dengan Kak Sharifah. Biarlah hanya dia saja yang tahu.
“ Nira!” Harish sudah melaungkan nama Nira dari dalam pejabatnya.
Nira buat tidak dengar. Dia baru saja mahu memeriksa e-mailnya.
“ Nira, Encik Harish panggil tu.” Kak Sharifah menegur. Suaranya jelas kebimbangan. Bimbang Harish akan mengamuk. Bukan boleh diduga mood bos besarnya itu. Kalau mood Harish baik, dia akan memanggil Nira melalui interkom. Kalau masa Harish ‘datang bulan’, maka akan terjerit-jeritlah dia seperti itu. Kak Sharifah dah boleh mengagak apa yang akan terjadi.
“ Saya dengar.”
“ Habis tu kenapa kau tak masuk lagi? Baik kau pergi jumpa dia cepat. Nanti mengamuk pulak Encik Harish tu. Dahlah dia tengah datang bulan sekarang.” Sempat pula Kak Sharifah melawak.
“ Alah, kejap lagilah. Saya ada kerja nak buat ni,” balas Nira. Dia membuka laman Facebook. Layan Facebook pun best jugak ni.
“ Nira! Awak tak dengar saya panggil awak ke?” Harish sudah berdiri di muka pintu.
Nira terkejut. Cepat-cepat dia menutup Facebooknya. Mati dia kalau Harish nampak apa yang dia buat. Tak pasal-pasal nanti dia dicop makan gaji buta sedangkan bukan selalu dia membuka laman sosial seperti itu.
Dengan langkah longlai Nira menghampiri pintu bilik Harish yang sudah tertutup rapat. Dia melangkah masuk.
" Encik Harish nak apa?”
“ Tak boleh ke tanya elok-elok?” jerkah Harish. Dia yang duduk di sofa mula menyilangkan kaki sambil memandang jelek ke arah Nira yang kelihatan ayu berbaju kurung. Ayu? Huh, perempuan macam Nira kalau pakai secantik dan sesopan mana pun tetap nampak buruk! Desis Harish dalam hati.
Nira menggaru kepala. Eloklah tu. Nak elok macam mana lagi?
“ Baiklah Encik Harish intan payung. Boleh patik tahu sebab apa patik dipanggil ke mari? Ada apa-apa ke yang Encik Harish mahukan dari patik?” Nira sudah bersiap sedia untuk mencatat segala arahan Harish di dalam diarinya.
Harish mengetap bibir. Bergerak-gerak rahangnya menahan rasa. Seketika Harish berusaha untuk bertenang. Dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Dia tidak boleh cepat melatah. Dia tidak mahu kelihatan ‘tewas’ dimata Nira.
Harish memandang redup wajah Nira. Dia mengukir senyuman manis. Senyuman yang tidak pernah dilihat oleh Nira sebelum ini. Serta-merta Nira terkelu. Dia terpana. Entah mengapa dadanya tiba-tiba sahaja berdengup kencang. Senyuman itu benar-benar membuatkan dia terkelu seribu bahasa. Ke…kenapa Encik Harish senyum macam tu dekat aku? Ke…kenapa senyuman dia nampak begitu mempesonakan? Kenapa aku rasa dia sangat kacak? Argh…apa aku cakap ni? Tidak! Aku tak boleh cepat terpedaya!
“ Apasal Encik Harish senyum macam tu dekat saya? Dah macam badut pula saya tengok.”
Serta-merta senyuman Harish mati digantikan pula dengan muka cemberut.
“ Awak ingat saya nak sangat senyum dekat awak?”
" Manalah tahu Encik Harish nak memikat saya. Saya nak tegaskan di sini yang saya langsung tak berminat dengan Encik Harish. Encik Harish simpan sajalah niat nak mengorat saya ya.”
" Excuse me? Saya nak mengorat awak?” Harish geli hati. Dia melepaskan tawanya.
“ Orang gila pun belum tentu lagi ada hati nak mengorat awak. Awak jangan nak perasan ye Cik Yusnira. Perempuan hodoh macam awak langsung tak ada dalam list saya.”
“ Apa awak cakap? Awak cakap saya hodoh?” Nira menempik. Sedapnya mulut dia cakap aku hodoh. Walaupun aku rasa yang aku ni tak berapa cantik tapi Harish tak ada hak nak menghina aku.
Harish tersenyum sinis. Suka dia melihat wajah ‘berapi’ itu.
“ Ya. Awak hodoh.” Harish semakin menyimbah minyak.
“ Awak tu lagi hodoh dari saya. Muka macam ayam pencen ada hati nak mengata orang.”
“ Apa? Ayam pencen?” Banyak-banyak haiwan, dia boleh samakan aku dengan ayam pencen? ‘Panas’ pula Harish
dibuatnya.
“ Ya, ayam pencen. Jadi Encik Harish tak payahlah nak budget handsome ya. Ayam, kalau pakai apa pun tetap nampak
buruk dan teruk!”
“ Awak dah melebih sangat ni!” Melengking kuat suara Harish. Turun naik dadanya menahan marah. Harish menarik dalam nafasnya lalu dilepaskan perlahan.
“ Sudah, pergi buatkan milo ais untuk saya!” Terus dia mengeluarkan arahan.
“ Elok bagi minum air longkang je!” bebel Nira sambil berlalu keluar dari bilik Harish untuk menuju ke pantri.
Harish mendengus kuat. Dia membuka kot yang tersarung kemas di tubuhnya kemudian ikatan tali lehernya dilonggarkan. Entah mengapa dia rasa panas dan membahang walaupun penghawa dingin di pejabatnya elok berfungsi.
Mungkin panas dalam badan. Lagi-lagi bila melihat wajah Nira. Cepat saja suhu kemarahannya memuncak.
“ Ini air yang Encik Harish nak.”
“ Letakkan saja dekat situ. Sekarang saya nak awak bersihkan meja saya yang berselerak tu. Saya tak boleh tengok
benda-benda tak teratur macam tu,” arah Harish lalu meneguk milo ais. Tawar. Namun kesejukannya melegakan tekak Harish.
Nira mengerling ke arah meja kerja Harish yang agak berselerakan. Setahu dia, sebelum mereka keluar meeting dengan Dato’ Karim tadi dia sudah pun mengemaskan meja itu tetapi kenapa boleh berselerak balik? Dengan sampah yang tercampak sana sini. Nira mencerunkan pandangan ke wajah selamba Harish.
“ Kenapa pandang saya macam tu?”
“ Siapa yang selerakkan meja Encik Harish tu?”
“ Entah. Mana saya tahu.”
“ Saya dah kemaskan sebelum kita keluar tadi. Macam mana boleh bersepah balik?” Nira tidak puas hati. Dah macam emak marahkan anak pula gayanya! Bukannya apa, tidak sampai lima minit Harish berada di bilik pejabat itu, sudah berselerak di sana sini? Siapa tak geram!
Harish mengangkat bahu.
“ Daripada awak buang masa soal siasat saya, apa kata awak buat je apa yang saya suruh. Bukan susah pun.”
Nira mengetap bibir. Geramnya. Dia berpaling namun belum sempat dia mengatur langkah, dia tersentak apabila terdengar sesuatu terjatuh ke lantai. Pantas dia menoleh semula ke arah Harish.
“ Opss…terjatuh. Tolong kemaskan ek.”
Nira memandang gelas yang sudah berderai di atas lantai dengan sisa-sisa milo ais tadi. Nira memejamkan mata sambil mengetap kuat bibirnya. Mukanya sudah merah padam. Bila-bila masa saja gunung berapi akan meletus!
Subscribe to:
Comments (Atom)