Friday, 23 October 2015

KERANAMU RM500 RIBU

KERANAMU RM500 RIBU



Kacak, tampan, handsome, bergaya, wangi, kemas dan begitu memikat. Tidak dapat digambarkan betapa lengkapnya pakej yang dimiliki lelaki itu. Setiap langkahannya begitu bergaya. Kembang kuncup hidung sesiapa saja yang berselisih dengannya, menikmati keharuman dan kesegaran dari tubuhnya. Sesiapa yang melihatnya pasti akan menoleh berkali-kali terutamanya si gadis-gadis yang mendambakan lelaki yang sempurna seperti itu. Kaum lelaki pula hanya menayang muka menyampah, cemburu dan meluat lebih-lebih lagi bila teman wanita mereka menoleh berkali-kali untuk melihat lelaki yang bagaikan bidadara baru turun dari kayangan.
“ Oppss, alamak!” Sayangnya lelaki yang cukup bergaya tadi sudah selamat bermandikan air kopi. Tiada lagi riak wajah tenang, tiada lagi bau haruman perfume. Yang terpamer sekarang adalah wajah tegang lagi bengang dengan bau kopi yang sudah memenuhi lubang hidung mereka yang duduk berhampirannya.
“ Sorry...sorry...tak sengaja!” Aliya sudah kelam kabut. Tanpa sedar dia sudah mencapai kain buruk yang berada ditangannya lalu dikesat sisa-sisa kopi yang melekat pada baju mahal lelaki itu. Nampaknya kemeja putih lelaki itu bukan saja sudah berubah warna hitam tetapi juga sudah dicemari dengan warna merah sos cili. Dia terlupa yang dia baru sahaja mengelap sos cili yang tertumpah di atas meja tadi dengan kain buruk itu. Melihat baju lelaki itu yang semakin 'tercemar' membuatkan Aliya semakin panik. Terus Aliya berlari mengambil segelas air kosong lalu disiram ke atas baju itu dengan harapan segala kekotoran pada baju mahal itu akan hilang. Namun segalanya hampa. Akhirnya Aliya hanya mampu menggigit jari sambil perlahan-lahan mengangkat muka memandang wajah lelaki yang masih berkaca mata hitam itu. Comot! Itu yang terpancul pada bibir Aliya saat melihat wajah lelaki itu yang sudah berserabai.
“ Dah?” Lelaki itu bertanya. Aliya mengangguk. Dia sendiri sudah tidak tahu mahu buat apa lagi untuk menghilangkan kekotoran pada baju lelaki itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menyuruh lelaki itu membuka baju supaya dia boleh membawa baju itu ke dobi. Tapi takkan dia nak buat macam tu pulak? Aliya sudah berdebar-debar menanti reaksi lelaki itu.
“ It's okay.” Lelaki itu terus melangkah membuatkan Aliya melopong. Lelaki itu langsung tak marah? Kenapa dia tak marah? Patutnya dia marahkan aku, ataupun sepatutnya dia menengking aku, memaki hamun aku. Tapi kenapa lelaki itu pergi lepas berkata it's okay? No no no... it's not okay! Orang gila pun kalau kena macam tu mesti akan mengamuk. Tetapi lelaki itu boleh berjalan dengan selamba dengan keadaan yang basah kuyup dan kotor seperti itu. Kalau tadi lelaki itu menjadi perhatian kerana kekacakan dan kesempurnaannya namun kini, lelaki itu menjadi perhatian lagi apabila melangkah dengan keadaan kotor seperti itu. Aliya menggaru-garu kepalanya melihat lelaki itu sehingga keluar dari restoran mewah itu.
“ You are fired!!!” Bagaikan ingin bergegar gegendang telinga Aliya mendengar jeritan bosnya. Fired? Apahal pulak tetiba nak fired aku pulak?
“ Kenapa nak fired saya?” Dah macam cerita ultraman pula nak fire-fire orang.
“ Awak boleh tanya kenapa? Awak tahu tak apa yang awak buat? Awak tahu tak apa yang awak dah buat pada lelaki tu? Awak tahu tak dia siapa?” Aliya menggeleng. Siapa lelaki tu? Artis ke? Tapi tak pernah tengok keluar tv pon.
Encik Ahmad sudah mendengus geram. Melihat wajah selamba Aliya membuatkan darahnya mendidih. Kalau anak dia ni memang dah lama dia tempeleng.
“ Dia tu Tuan Muda CEO Generation Corps, Tengku Ryan Shah, anak Tan Sri Tengku Raimuddin.” Perut Encik Ahmad yang bagaikan mengandung sembilan bulan bergegar-gegar saat dia bersuara. Encik Ahmad termengah-mengah kerana terlalu marah. Sikap Aliya telah mencemarkan nama baik restorannya.
Mulut Aliya sudah membentuk 'o'. Ooo... Tengku Ryan Shah. CEO rupanya. Patutlah smart semacam. Handsome pula tu. Aliya tersengih-sengih. Terbayang-bayang wajah Tengku Ryan Shah yang begitu segak berkaca mata hitam.
“ Disebabkan awak telah mencemarkan nama baik restoran ini, dengan senang hatinya saya memecat awak dan dengan segala hormatnya, sila pergi dari sini sekarang!!!”
“ Kenapa Encik nak pecat saya pulak? CEO tu ada mengadu apa-apa pada Encik ke? Tak cukup lagi ke pengorbanan yang telah saya lakukan untuk pastikan restoran ini berdiri gah seperti sekarang? Tak cukup lagikah penat lelah dan usaha yang saya curahkan untuk pastikan segalanya berjalan dengan lancar.” Aliya sudah patah hati. Sedihnya dia bila segala usaha dan penat lelahnya langsung tidak dihargai. Kalau dia tahu akan jadi begini, memang dia tak akan sesekali memohon untuk bekerja di sini.
“ Apa awak mengarut ni? Usaha apa? Pengorbanan apa yang awak lakukan? Awak lupa ke yang awak baru saja bekerja di sini? Tak sampai satu hari pun. Itu pun dah macam-macam onar awak buat.” Encik Ahmad sudah malas mahu melayan Aliya. Minah ni memang kelibut. Menyesal pula dia terima Aliya bekerja di sini. Baru sehari bekerja, Aliya sudah mencari pasal dengan Tengku Ryan Shah. Sudahlah Tengku Ryan Shah pelanggan tetap di restorannya. Mana dia mahu letak muka lepas ni. Walaupun Tengku Ryan Shah tak ada merungut apa-apa, Encik Ahmad tetap rasa terhukum.
“ Kalau Encik berhentikan saya, kat mana lagi saya nak kerja. Sekarang dah lah susah nak cari kerja.”
“ Itu bukan masalah saya. Yang saya tahu saya tak mahu tengok muka awak dekat sini lagi.” Encik Ahmad sudah berpeluk tubuh. Kalau dibiarkan Aliya terus bekerja di restorannya, entah onar apa lagi yang dia akan buat. Kalau hari ini, Aliya sudah membuat onar dengan Tengku Ryan Shah. Lepas ni tak tahulah dengan siapa pula Aliya akan buat hal. Sudahlah restoran itu menjadi tumpuan dan kunjungan orang-orang berada dan terhormat. Dia tidak mahu kredibiliti restoran itu dipertikaikan kerana mengambil pekerja seperti Aliya. 'Virus' seperti Aliya harus dihapuskan sebelum keadaan bertambah parah. Risau juga dia disebabkan pekerja yang lalai seperti Aliya membuatkan restoran itu gulung tikar dalam masa yang singkat. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang hilang pekerjaan. Lebih baik dia bertindak sebelum Aliya yang bertindak memusnahkan segalanya.
“ Bagi saya peluang. Kali ini saja...”
Encik Ahmad menggeleng. Pujuk dan rayulah macam mana sekalipun, jawapannya tetap TIDAK!
Aliya mengetap bibir sebelum keluhan lemah dilemparkan. Kena buang lagi. Adoyai....
**

Aliya menyelak ruangan vacancy. Satu persatu iklan jawatan kosong menjadi perhatiannya. Kemudian dia melepaskan keluhan kecil. Adoi, susahnya nak cari kerja sekarang. Macam mana ni... Kebanyakkan jawatan kosong memerlukan pengalaman dan juga sijil-sijil belajar. Kalau ada yang bersesuaian dengan kelulusannya pun semuanya jauh-jauh. Gaji yang ditawarkan langsung tidak menarik perhatian. Dah dapat kerja yang menawarkan gaji lumayan, tak sampai sehari kerja, kena buang pula. Hai, apalah nasib...
“ Mengeluh panjang nampak.”
“ Oh, mak kau!” Aliya mengurut dadanya. Hisy, nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalau tak percuma saja dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“ Mummy!”
Puan Sri Ariyana ketawa. Keletah anak itu mencuit hati.
“ Khusyuk betul mummy tengok Aliya sampai nak tertembus surat khabar tu Aliya tengok. Ada berita menarik ke?”
Puan Sri Ariyana sudah melabuhkan punggung di sebelah Aliya. Cepat-cepat Aliya melipat surat khabar itu. Bimbang jika dia terkantoi dengan mummy. Nanti macam-macam pula mummy akan menyoal kalau tahu dia sedang cari kerja. Aliya menayang sengihan.
“ Daddy dan abang tak balik lagi ke? Kenapa mummy tak ikut mereka pergi dinner?”
Puan Sri Ariyana menggeleng.
“ Malaslah mummy. Lagipun mummy tak berapa sihat sangat hari ni. Sekejap lagi mereka baliklah tu.” Puan Sri Ariyana mengusap rambut lurus anak itu. Hanya Aliya dan Syafiq saja permata hati yang dia ada. Syafiq sibuk dengan kerja, Aliya pula sibuk dengan kuliah dan kelas. Kadang-kadang mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.
“ Macam mana dengan kuliah? Semua okay tak?”
Aliya menelan liur. Dia memang cukup bimbang kalau mummy, daddy atau abangnya bertanya tentang kuliah dan kelasnya. Mana taknya, tanpa pengetahuan keluarganya, Aliya menangguhkan pengajiannya untuk satu semester. Dia terpaksa berbuat begitu. Ada perkara penting yang harus diselesaikan dahulu. Bila segalanya sudah selesai, barulah dia akan menyambung semula pengajiannya dengan tenang.
“ Semua okay. Mummy jangan risau. Aliya akan belajar bersungguh-sungguh.”
Puan Sri Aliya mengangguk. Sejuk perutnya mengandungkan Aliya dan Syafiq apabila melihat kedua-dua anak kesayangannya berjaya dalam hidup.
“ Mummy...”
“ Ya, sayang...”
“ Hm... kalau Aliya nak minta tolong boleh tak?” Aliya sudah berkira-kira. Takut pun ada. Bimbang mummy akan banyak menyoal pula nanti.
“ Tolong apa?”
“ Aliya.... Aliya...nak pinjam duit...”
“ Berapa?” Puan Sri Ariyana sudah tersenyum panjang. Ingatkan nak minta tolong apa tadi. Rupanya nak pinjam duit. Duit memang tak jadi masalah untuknya.
“ Aliya nak pinjam...lima...lima...”
“ Lima apa?”
“ Lima....lima...”
“ Lima apa?” Puan Sri Ariyana menepuk paha Aliya.
“ Lima puluh ringgittt!!!” Aliya melatah. Terkejut apabila Puan Sri Ariyana menepuk pahanya kuat. Aduh, sakitnya.. Aliya sudah mengurut pahanya yang berbirat. Puan Sri Ariyana sudah ketawa.
“ Lima puluh ringgit je? Yalah, nanti mummy bagi ya.”
Aliya sudah terngadah. Kepalanya digaru-garu. Mummy... Aliya bukan nak pinjam lima puluh ringgit. Tapi lima puluh ribu ringgit... Aliya melepaskan keluhan kecil melihat mummynya berlalu...

**

“ YA ALLAH Qira. Kenapa dengan muka awak ni, lebam-lebam.” Aliya sudah membelek muka sahabat baiknya. Ketidakhadiran Qira ke kolej telah membawa Aliya menjejaki Qira di rumah sahabatnya itu. Tergamam seketika sewaktu Aliya melangkah masuk ke rumah itu. Bersepah dan tidak terurus.
Qira memeluk erat tubuh Aliya. Dilepaskan tangisan dibahu sahabatnya.
“ Kenapa dengan awak ni? Cuba awak bagitahu saya. Biar saya 'debik' sikit muka orang tu. Berani dia kacau kawan baik saya!” Aliya sudah geram. Qira sahabat baiknya. Susah senang dia perlu bersama Qira.
“ Aliya, tolong saya. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Saya buntu.”
“ Awak bagitahu saya apa masalah awak sebenarnya ni. Kalau saya boleh tolong, saya akan tolong.”
Qira memandang Aliya dengan mata yang sudah berair. Dia sangat berharap Aliya dapat membantunya. Dia sudah buntu. Dia sudah tak ada sesiapa lagi yang boleh diminta tolong.
“ Abang!” Aliya menepuk bahu Syafiq yang sedang leka menghadap kertas kerjanya. Tak cukup di pejabat, di rumah pun abangnya asyik mengadap kertas kerja.
“ Aduh, sakitnya.” Syafiq mengaduh. Bahunya diurut perlahan. Aliya tersengih-sengih. Cepat-cepat dia membuat muka comel apabila Syafiq melemparkan pandangan ke arahnya.
“ Abang buat apa?”
“ Abang tengah buat kuih karipap ni. Tak nampak ke?”
Aliya menyeringai. Hisy...loyar buruk betul abangnya itu. Dia pun satu, dah nampak lagi mahu bertanya. Kan dah kena sebijik.
Aliya melabuhkan punggungnya disebelah Syafiq. Kepala dilentokkan dibahu abangnya. Dia memang manja dengan Syafiq. Mereka hanya dua beradik saja. Dengan siapa lagi dia mahu bermanja kalau bukan dengan Syafiq.
“ Haisy, adik abang ni kalau dah manja semacam je ni, mesti ada benda yang dia naklah tu.” Syafiq memang sudah faham sangat dengan perangai Aliya.
Aliya mencubit pinggang Syafiq sehingga membuatkan abangnya itu menyeringai.
“ Mana adalah. Aliya dah lama tak manja dengan abang. Abang pun selalu je sibuk. Nak ajak berborak pun abang macam tak ada masa.”
Syafiq melepaskan keluhan. Memang dia sangat sibuk. Lebih-lebih lagi bila sekarang dia sedang handle satu projek besar. Dia perlu memberi sepenuh perhatian pada projek itu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
“ Sorry, abang memang sibuk sangat sekarang. Nanti lepas abang dah selesaikan semua kerja abang, abang ingat nak ajak mummy daddy dan Aliya kerjakan umrah. Lepas tu kita pergi holiday.”
“ Betul?”
Syafiq mengangguk membuatkan Aliya teruja namun hanya seketika. Aliya kembali muram. Ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan abangnya. Mana tahu Syafiq boleh memberikan pendapat yang bernas dan mana tahu kalau-kalau Syafiq boleh membantu.
“ Abang...nak dengar tak cerita Aliya?”
“ Cerita apa?” Syafiq sudah menolak kertas kerja ke tepi. Rasanya dia perlu luangkan sedikit masa untuk Aliya kerana dia tahu Aliya perlukan seseorang untuk bercerita. Melihat wajah sugul Aliya membuatkan Syafiq dilanda sedikit kebimbangan.
Aliya mula membuka mulut bercerita tentang Qira. Barulah dia tahu yang Qira sedang menanggung bebanan yang maha berat. Rupanya hidup Qira diganggu oleh manusia durjana. Semuanya angkara ayah Qira. Menurut cerita Qira, ayahnya seorang kaki judi, hidupnya dikelilingi dengan hutang dan yang paling menakutkan apabila ayahnya berani berhutang dengan ah long. Kini ayah Qira sudah menghilangkan diri dan meninggalkan bebanan hutang yang terlalu banyak. Sebagai anak sulung, Qiralah yang menjadi mangsa menanggung segala bebanan hutang itu. Qira sendiri naik buntu memikirkan dimana dia harus mencari duit untuk melangsaikannya. Kebimbangan mula melanda apabila ah long mengugut mahu menganggu ibu dan adiknya yang berada di kampung. Qira tidak rela mereka diapa-apakan. Qira lebih sanggup menanggungnya sendirian.
“ RM500 ribu?”
Aliya mengangguk. Membulat mata Syafiq.
“ Aliya kesiankan Qira. Aliya nak tolong dia.” Aliya bersuara perlahan. Sengaja dia membuat muka sedih untuk melihat reaksi Syafiq. Mana tahu Syafiq lembut hati dan ingin membantu Qira. Dilirikkan matanya pada Syafiq.
“ Abang tak suka Aliya libatkan diri dengan masalah orang. Lebih-lebih lagi bila melibatkan ah long. Jangan main-main dengan ah long. Mereka tu bahaya. Abang tak mahu Aliya yang diapa-apakan nanti.” Tegas Syafiq bersuara. Aliya tergamam. Tidak menyangka begitu sekali reaksi Syafiq.
“ Tapi abang...”
“ Jauhi diri dari Qira. Abang tak mahu Aliya berkawan dengan Qira lagi. Dia tu dari keluarga yang bermasalah. Abang tak mahu dia susahkan Aliya!”
“ Abang...” Aliya sudah sebak. Kalau dia tahu begini penerimaan Syafiq, sumpah dia tak akan buka cerita apa-apa pun.
“ Aliya lupa ke pesan mummy dan daddy? Aliya kena pandai pilih kawan. Kalau abang tahu Aliya berkawan dengan budak tu lagi, siap Aliya! Kalau Aliya tak mahu kena macam dulu, jauhi Qira.”
Aliya terdiam. Ya, dulu masa dia masih bersekolah, dia pernah tersilap pilih kawan. Kerana kesilapannya itu, daddy telah mengupah bodyguard untuk mengawasi setiap pergerakannya. Betapa rimasnya dia. Ke sana sini diekori. Sesiapa pun tak mahu berkawan dengan dia. Kata mereka, dia tu menakutkan. Hidup keseorangan, tiada kawan untuk berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Hidupnya bukan seperti remaja lain. Dirinya sentiasa diawasi. Bila dia habis bersekolah, daddy mula 'membebaskan' dia. Tiada lagi bodyguard yang mengekorinya. Namun kini, dia bimbang pengalaman lalu berulang kembali. Dia tidak mahu setiap langkahnya sentiasa dikawal. Lagipun dia sudah dewasa, dia tahu apa yang patut dilakukan. Lagipun Qira saja sahabat yang dia ada. Hanya Qira yang mahu berkawan dengan dia. Hanya Qira yang sanggup bersama dia setiap masa dan Qira juga sahabat yang sangat dipercayai. Namun kini bila Qira dalam kesusahan, Aliya tidak sampai hati mahu melihat Qira menanggungnya keseorangan. Aliya sudah bertekad mahu membantu Qira. Tak mengapa kalau abangnya tidak mahu membantu Qira, dia akan fikirkan cara lain. Kerana itu Aliya sanggup menangguhkan pengajiannya dan mencari pekerjaan. Dengan duit perbelanjaan yang daddy berikan tiap-tiap bulan, dia akan simpan dan gunakan untuk melangsaikan semua hutang piutang Qira. Dia sudah berjanji pada Qira dan dia harus menepati janjinya itu.
**

Tea lady diperlukan

Aliya sudah melepaskan keluhan kecil. Kalau aku jadi tea lady, agak-agak berapa puluh tahun baru dapat kumpul RM500 ribu tu? Aliya sudah berkira-kira. Tapi memandangkan yang dia memang terdesak mahu mencari pekerjaan, tak salah dia mencuba. Tak apalah, aku kerja dulu sambil-sambil tu aku akan usha kerja-kerja yang lebih baik.
Dengan semangat waja, Aliya melangkah masuk ke dalam bangunan Generation Corps. Ternganga mulutnya melihat kemewahan syarikat itu. Lantainya saja dah macam cermin, berkilat. Boleh jelas nampak mukanya di situ. Agaknya kalau cermin dalam syarikat tu pecah, tak perlu beli yang baru. Guna saja lantai yang macam cermin ni. Boleh menjimatkan kos daripada membeli cermin baru.
“ Saya datang nak apply kerja.”
“ Ada bawa resume dan sijil?”
Aliya mengangguk.
“ Sekejap ya.” Aliya memandang tag nama penyambut tetamu itu, Norita. Cantik dan bergaya. Kemas pula tu.
“ Sila naik ke tingkat 5. Lepas tu cik boleh berjumpa dengan Cik Lisa. Cik Lisa yang akan uruskan semuanya.” Kata Norita sebaik sahaja meletakkan ganggang telefon selepas mendapat arahan daripada pihak atasan. Aliya hanya mengangguk. Tanpa banyak soal terus dia berlari menghampiri pintu lif yang kebetulan sedang terbuka. Tersengih-sengih dia membalas pandangan beberapa orang pekerja yang sedang memandangnya pelik.
“ Cik Aliya, sila isi borang ni ya.”
Aliya menilik borang yang dihulurkan. Hai, Tea Lady pun nak kena isi borang ke? Aliya mengeluh. Dia paling malas mahu mengisi borang. Aliya mengeluh. Nak tak nak terpaksa juga dia mengisinya.
Sesekali Lisa memandang borang yang berada ditangannya dan sesekali dia melirik ke arah Aliya yang sedang tersengih-sengih. Hai, biar betul budak ni. Lisa membetulkan kedudukan kaca matanya. Rasanya dia tak salah pandang.
“ Saya rasa bahagian expected salary ni Cik Aliya tersilap tulis. Terlebih satu '0'” Lisa menghulurkan semula borang itu kepada Aliya supaya Aliya membetulkan semula kesalahan tersebut.
“ Saya rasa saya tak salah tulis pun. Memang itu gaji yang saya mintak.”
Lisa membulatkan mata. Rm 10 000? Aliya meminta gaji sebanyak RM 10 000 untuk jawatan tea lady? Biar betul!
“ Tapi untuk jawatan ini kami hanya tawarkan gaji sebanyak RM 1000 sahaja.”
“ Rm1000? Sikitnya. Kalau macam tu, macam mana saya nak kumpul RM500 ribu dalam masa 5 bulan?” Aliya sudah berkira-kira. Kalau gaji dia RM 1000, dia hanya dapat kumpul RM5000 untuk 5 bulan. Elaun yang daddy masukkan bulan-bulan pun baru RM 20ribu. Kalau 5 bulan, baru ada RM100 ribu. Campur dengan gaji dia, baru ada RM105 ribu. Masih jauh lagi untuk menjangkau RM500 ribu tu.
“ Cik Lisa, tak boleh ke naikkan gaji saya sampai RM10 ribu tu. Lagipun RM10 ribu bukannya banyak.”
Lisa sudah membulatkan mata. Gila apa budak ni. Mana ada Tea Lady gaji sampai RM10 ribu. Gaji aku sebagai PA bos pon tak sampai banyak macam tu.
“ Macam nilah dik. Apa kata adik cari saja kerja di tempat lain yang menawarkan gaji sebanyak tu. Di sini kami hanya mencari tea lady saja. Kalau ada jawatan kosong pun tak bersesuaian dengan pengalaman dan kelulusan adik.” Lisa sudah malas mahu melayan Aliya. Ada ke patut nak minta gaji tea lady sampai RM 10 ribu? Pengsan pulak bos aku tu nanti kalau tahu.
Aliya bagaikan ingin menjerit. Satu ribu saja? Mana cukup!!!
“ Cik Lisa. Tolonglah saya. Saya sanggup buat apa saja, bukan setakat tea lady tapi jadi cleaner pun saya sanggup asalkan gaji saya dibayar sebanyak itu. Tolonglah. Saya betul-betul mahukan duit tu. Saya dah janji pada Qira. Apa pun jadi saya mesti tolong dia. Kesiankanlah saya dan Qira. Tolonglah!!!!”
“ Apa awak buat ni? Lepaskan saya!” Lisa sudah meronta-ronta. Aliya tidak putus-putus merayu sampaikan dia sanggup berlutut dan memeluk kaki Lisa. Aliya sudah tidak peduli dengan mata yang memandang. Yang penting dia dapat apa yang dia mahukan.
“ Tolonglah Cik Lisa. Tolonglah saya, Saya dah janji akan tolong Qira. Saya tak sanggup tengok dia diapa-apakan. Tolonglah saya!!!” Aliya tidak putus-putus merayu-rayu. Dia berharap sangat Lisa akan lembut hati dan menerima dia bekerja di situ dengan gaji yang diminta. Mustahil company mewah dan gah seperti ini tidak mampu membayar gaji sebanyak itu.
“ Apa yang kecoh-kecoh ni?” Lisa dan Aliya menoleh. Kemudian masing-masing tergamam.

**

Aliya memerhatikan keadaan sekeliling. Cantik dan kemas. Wah, memang kaya betul pemilik company ni. Bilik pejabatnya pun sudah mewah dengan barang-barang yang diimport dari luar negara. Ya, tidak mustahil pemilik syarikat ini mampu memberi gaji yang banyak untuk aku.
“ Oh, jadi awak memang nak bekerja di sini?”
Aliya berdehem. Tidak mahu nampak kelihatan gayat dan jakun melihat kemewahan itu.
“ Ya, tuan. Saya memang betul-betul nak sangat dengan kerja ni.”
Lelaki itu menyemak borang yang diberikan oleh Lisa. Kata Lisa, gadis itu meminta gaji yang agak keterlaluan. Tengku Ryan Shah meneliti bahagian gaji yang diminta. Memang benar gadis itu meminta gaji sebanyak RM 10 ribu sedangkan jawatan yang dimohon hanyalah tea lady saja.
“ Tapi gaji yang awak minta ni tak bersesuaian dengan jawatan tea lady yang kami tawarkan.” Tengku Ryan Shah mengurut dagunya. Matanya tidak lepas memandang gadis di hadapannya. Nampak muda sangat. Tengku Ryan Shah meneliti semula borang permohonan itu. Hm...baru 22 tahun. Patutlah nampak muda sangat.
“ Tuan, saya sanggup buat apa saja. Bukan saja setakat tea lady, saya juga sanggup buat apa saja kerja. Jadi cleaner pun tak apa. Saya sanggup cuci satu bangunan ni sampai bersih asalkan saya dapat gaji yang saya mahukan tu.” Selepas berkata-kata, Aliya menelan liur. Gila nak cuci satu bangunan! Mati aku macam ni. Aku ni pun kalau nak sangat kerja pun janganlah over sangat. Dahlah aku tak pernah buat kerja-kerja mencuci ni. Jangankan nak cuci bangunan, cuci baju aku sendiri pun aku tak pernah buat. Aliya menggaru-garu kepalanya. Demi sahabatnya yang satu itu, dia sanggup buat apa saja. Lagipun dia sudah berjanji dengan Qira dan dia bukanlah seorang yang mungkir janji. Lagipun ini saja yang mampu dilakukan untuk membalas budi baik Qira yang selama ini sudi menjadi sahabatnya dan sanggup bersamanya di dalam susah dan senang.
Tengku Ryan Shah menyandarkan tubuhnya. Wajah Aliya yang seakan sedang berkhayal menjadi perhatian matanya. Entah mengapa dia seakan pernah melihat wajah itu namun dia tidak pasti di mana.
“ Awak betul mahukan kerja ni?”
Aliya mengangguk. Harapannya menggunung. Demi Qira dia sanggup berkorban apa saja.
“ Baiklah, saya terima awak bekerja di sini dengan gaji yang awak inginkan tapi bukan saja sebagai tea lady.”
Ingin saja Aliya bersorak gembira. Akhirnya dia berjaya juga dapatkan pekerjaan itu. Nanti dia akan mencari part time waktu malam pula. Bolehlah menambah duit yang masih berkurangan.
“ Tuan cakap saja. Saya sanggup buat apa saja kerja asalkan bayarannya lumayan.”
“ Macam nilah, kebetulan pemandu peribadi saya pun baru sahaja berhenti, jadi buat sementara waktu saya mahu awak yang menjadi pemandu peribadi saya.”
Aliya ting tong seketika. Pemandu peribadi ke pembantu peribadi? Rasa aku dengar macam pemandu peribadi. Means, aku kena jadi driver dialah?
“ Kalau awak setuju, saya akan minta Lisa terangkan pada awak tugas-tugas awak dengan lebih lanjut.”
Aliya menggaru-garu kepala. Nak ke tak nak ni? Kalau setakat jadi driver rasanya tak ada masalah. Lagi-lagi aku ni pemandu yang sangat berhemah, lagilah tak ada masalah. Mesti Tuan Muda Ryan Shah akan bangga kerana ada pemandu yang berhemah macam aku ni.
“ Bila saya boleh mula kerja?”
“ Esok.”

**

Dia lelaki yang sangat berkaliber, berjaya dan sangat segak. Langkah kakinya begitu bergaya. Senyumannya begitu memikat,mencairkan hati sesiapa saja yang memandang. Sesiapa saja yang berselisih dengannya pasti tidak lepas dari memandangnya. Ah, begitu agung ciptaan TUHAN...
Berkelip-kelip mata Aliya memandang lelaki yang begitu kacak sekali. Terlalu sempurna dia melihat lelaki itu. Tapi... eh, nanti kejap! Macam aku pernah tengok je mamat ni. Tapi kat mana ya? Hah!!! Takkan dia? Alamak, biar betul! Hisy, mustahillah! Peladuk dua serupa kot. Sedaya upaya Aliya cuba menyedapkan hatinya.
“ Yang kamu kelam kabut ni kenapa?” Tengku Ryan Shah menghampiri Aliya. Aliya cepat-cepat menggeleng sambil menayangkan sengihannya. Memang sah dia ni lelaki dekat restoran tu. Agak-agak dia kenal aku tak? Haisy, apalah malang nasib aku ni. Tak sangka pulak yang dia ni akan jadi majikan aku. Adoiyai..
Tengku Ryan Shah memandang Aliya dari atas ke bawah. Dia mengangguk apabila penampilan Aliya nampak kemas dengan kemeja putih yang disediakan oleh pihak syarikatnya. Rambut panjang gadis itu disanggul tinggi. Nampak comel. Bagus, Tengku Ryan Shah berpuas hati dengan penampilan pekerja barunya itu. Bersemangat betul Aliya mahu memulakan kerjanya. Pukul 7 Aliya sudah terpacak di hadapan rumah mewah Tengku Ryan Shah.
Aliya membuka pintu kereta untuk Tengku Ryan Shah.
“ Silakan masuk Tuan Muda.” Bagaikan menjemput putera raja, Aliya siap membongkokkan badannya 90 darjah untuk mempersilakan Tengku Ryan Shah masuk ke dalam kereta mewahnya. Aliya menggosok-gosok tangannya. Helaan nafas panjang dilepaskan. Dalam hati dia berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hari ini hari pertama dia memulakan kerja, dia mahu berikan yang terbaik,jangan sampai ada cacat cela!
“ Tuan Muda nampak handsome sangat hari ini.” puji Aliya. Tengku Ryan Shah hanya tersenyum kecil sambil menyelak helaian lembaran surat khabar.
“ Tuan Muda, boleh tak saya nak bukak radio ni? Bosanlah.”
“ Hm...”
Aliya tersengih. Terus tangannya menekan punat volume, menguatkan sedikit suara radio, tidak mahu konsentrasi Tengku Ryan Shah terganggu.
“ Tuan Muda dah sarapan?” Dari cermin pandang belakang Aliya ternampak Tengku Ryan Shah mengangguk. Ralit benar Tengku Ryan Shah membaca akhbar sampai berkerut-kerut dahi tu.
“ Hari ni Tuan Muda ada meeting dekat luar ke?”
“ Awak boleh update schedule saya dekat Lisa.”
“ Okey. Hmm.. Tuan Muda...”
“ Apa kata awak fokus saja pada pemanduan awak. Saya tak suka diganggu bila saya sedang sibuk baca surat khabar.”
Aliya terus terdiam. Namun dalam hati dia mencebik geram. Aku hanya nak tegur yang tie yang dia pakai tu senget.Hisy, lantak kaulah!
“ Jemput minum Kak Lisa.” Aliya meletakkan secawan nescafe di atas meja Lisa. Lisa mengerling sekilas sebelum tangannya mencapai nescafe itu lalu dihirup perlahan. Terbeliak mata Lisa sebaik sahaja air nescafe itu melalui kerongkongnya. Macam nak tersembur. Nasib baik dia sempat menahannya.
“ Manisnya!!!” Kak Lisa menyeringai lalu menolak cawan nescafe itu agar menjauhinya.
“ Manis ke? Aliya rasa tadi macam okey je.” Aliya menggaru kepalanya. Aduh, memang fail la dia dalam bab buat air ni. Dia mana pernah buat air. Selama ini kalau dia mahu apa-apa pun hanya minta pada pembantu rumahnya saja. Ya, sekarang dia perlu menjadi pemandu peribadi merangkap tea lady,cleaner, bodyguard dan penasihat Tengku Ryan Shah. Penasihat dari segi apa pun, Aliya sendiri tak tahu. Nak jadi penasihat konon, diri dia sendiri pun tak betul. Aliya sudah tergelak di dalam hati.
“ Berapa kilo kamu letak gula ni?” Kak Lisa menggeleng. Macam mana nak jadi tea lady ni kalau buat air pun tak tahu.Seketika kemudian Lisa teringatkan Tengku Ryan Shah. Terbeliak matanya sambil memandang Aliya yang suka sangat tersengih-sengih.
“ Kamu baru je hantar air dalam bilik Tuan Muda kan?”
Aliya mengangguk.
“ Baik kamu pergi ambil air tu cepat sebelum Tuan Muda minum. Tuan Muda tu alergik dengan benda-benda yang manis sangat macam ni.”
Mendengar saja Lisa bersuara, terus Aliya berlari menuju ke bilik Tengku Ryan Shah. Pintu bilik dibuka deras.
" Jangan!!!" Aliya berlari ke arah Tengku Ryan Shah lalu menepis cawan yang sedang dipegang. Tidak sempat bibir cawan itu menyentuh bibirnya. Terbeliak mata Tengku Ryan Shah memandang serpihan cawan yang sudah berderai dilantai. Serta-merta dia teringatkan peristiwa yang berlaku minggu lalu di mana dia telah dimalukan di sebuah restoran. Memang malang betul dia pada hari itu. Sudahlah bajunya kotor dek kerana air kopi, lepas tu kena simbah dengan air pula tu. Habis basah kuyup dibuatnya. Tengku Ryan Shah mengalihkan pandangannya ke arah Aliya yang sudah terketar-ketar melihatnya.
" Apa yang awak buat ni?" Suara itu tidak pula menengking sebaliknya hanya keluhan berat yang dilepaskan. Nak marah dia tak sampai hati lebih-lebih lagi dia perasan yang tangan Aliya sudah kemerah-merahan terkena nescafe yang masih berasap itu.
" Bersihkan lantai tu." Terus Tengku Ryan Shah bangun untuk ke tandas, mahu membersihkan sisa-sisa nescafe yang terkena bajunya. Sudahlah kejap lagi dia perlu menghadiri mesyuarat. Apa pula kata mereka nanti kalau melihat dia kotor seperti itu. Tengku Ryan Shah memang mementingkan penampilan. Sudahlah itu baju kesayangannya. nampak gaya memang susah nak hilang kesan air nescafe ni. Terpaksalah dia menukar bajunya juga. Nasib baik dia memang ada simpan pakaian di dalam pejabatnya.
Aliya tersengih lagi cuba menyembunyikan rasa bersalah. Ah, cuainya aku. Aku ni pulak cepat sangat jadi kelam kabut. Nasib baiklah Tengku Ryan Shah tak mengamuk. Eh, kenapa aku rasa macam pernah alami keadaan macam ni? Tengku Ryan Shah macam lelaki dekat restoran tu. Jangan-jangan.... Aliya memekup mulutnya. Takkanlah! Aliya memegang bingkai gambar Tengku Ryan Shah yang berada di atas meja. Ditilik wajah tampan itu. Kalau Tengku Ryan Shah pakai cermin mata hitam, memang saling tak tumpah dengan lelaki yang aku langgar hari tu? YA ALLAH, macam mana aku tak perasan yang dia lelaki yang sama dan hari ni aku buat benda yang sama. Apa aku nak buat ni? Aliya menggigit jari. Sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi pintu bilik air terbuka, terus Aliya berlari keluar. Rasanya dia tidak bersedia mahu berhadapan dengan Tengku Ryan Shah ketika itu. Memang mati aku!
" Dah apa kena pula dengan kamu ni Aliya?" Berkerut dahi Lisa memandang Aliya yang bagaikan sedang dikejar dengan hantu. Aliya menggeleng-geleng sambil tersengih.
" Sudah. Kamu pergi sediakan minuman dulu. Sekejap lagi Tuan Muda ada mesyuarat dengan pihak Permata Gemilang. Tapi ingat, jangan manis sangat macam tadi. " Aliya mengerutkan dahi. Permata Gemilang? Kenapa aku rasa macam familiar je nama syarikat tu?
" Errr... Permata Gemilang?"
" Yalah. Syarikat Permata Gemilang akan adakan usahasama dengan Generation Corps. Kalau kamu nak tahu, Tuan Muda tu berkawan baik dengan anak pemilik Permata Gemilang, Encik Syafiq. Encik Syafiq tu bakal suami akak. Kau jangan nak ambil kesempatan pula nak mengorat dia. Faham?" Lisa sempat memberi amaran. Padahal hakikat sebenarnya Syafiq memang tiada hati langsung pada dia. Sebelah mata pun Syafiq tak ingin pada dia agaknya.
Mata Aliya membulat. Sudah! Bala apa lagi ni? Memang tak silap dan tak salah lagi!
" Kak. Aliya tiba-tiba rasa tak sihatlah. Aliya nak pergi klinik dulu. Cakap dengan Tuan Muda, hari ni Aliya MC ya!" Belum sempat Lisa bersuara, Aliya sudah lenyap dari pandangannya. Cepat sungguh Aliya melarikan diri. Dah apa kena pula dengan budak ni? Baru sehari bekerja di sini sudah macam-macam hal. Ni memang ada tanda-tanda nak kena buang kerja ni. Dengus Lisa.
Aliya menyembunyikan diri disebalik dinding. Terkebil-kebil dia memerhatikan sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pintu masuk Generation Corps. Seorang lelaki yang penuh bergaya keluar dari pintu belakang. Hampir tersembul mata Aliya. Bukan kerana ketampanan lelaki itu tetapi kerana lelaki itu adalah abang dia. Maknanya memang betul sangkaan dia tadi. Permata Gemilang adalah syarikat gergasi milik keluarganya.
" Aduh mati aku!" Aliya sudah berkira-kira mahu berhenti kerja. Bimbang dia akan terserempak dengan Syafiq. Lagipun menurut kata Lisa, Generation Corps akan bekerjasama dengan Permata Gemilang. Risiko untuknya bertembung dengan Syafiq adalah sangat tinggi lebih-lebih lagi dia adalah pemandu peribadi merangkap Tea Lady, cleaner, bodyguard dan penasihat Tengku Ryan Shah. Tengku Ryan Shah pasti akan menggunakan khidmatnya untuk menghantarnya menghadiri mesyuarat dengan Permata Gemilang selepas ini. Aliya terbayang-bayang hukuman yang bakal dikenakan oleh keluarganya jika perbuatannya itu terdedah. Mahu kepalanya dipenggal oleh mummy nanti! Aliya menelan liur. Pahit!

**

Tengku Ryan Shah melepaskan keluhan berat. Tak habis-habis lagi? Penat dah kepala otak ni nak fikir. Keluhan berat dilepaskan lagi.
" Papa tak kira. Papa tetap dengan keputusan papa."
" Ya, Ryan. Mama pun berkenan sungguh dengan budak tu. Comel betul!" Tengku Raimuddin dan Raja Badariah sudah berangan-angan punya cucu yang comel mengikut baka bakal isteri Tengku Ryan Shah nanti. Lagipun Tengku Ryan Shah pun tak kurang tampannya juga. Maka bertambah-tambahlah comelnya bakal cucu mereka nanti. Tengku Ryan Shah anak yang taat dan patuh dan tak mustahil anganan dan harapan mereka dibantah.
" Ryan tak bersedia lagi." keluh Tengku Ryan Shah. Sungguh dia belum terfikir lagi mahu menamatkan zaman bujangnya. Dia mahu fokuskan masanya dengan kerjayanya sahaja.
" Kerja, kerja juga tapi kamu kena fikir juga masa depan kamu. Sampai bila kamu nak membujang macam ni. Usia kamu pun makin lama makin meningkat.Sudah sampai masanya kamu fikirkan tentang isteri, anak dan rumahtangga kamu."
" Tapi ma..."
" Papa dah bincang dengan Tan Sri Khalid. Dia pun memang dah lama berkenan dengan kamu. Jadi papa harap kamu tak hampakan harapan kami." Ada ketegasan pada suara Tengku Raimuddin.
Tengku Ryan Shah tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Dilihat pada skrin telefon. Berkerut dahinya melihat nama si pemanggil terpapar pada skrin.
" Hello, Aliya. Ada apa call saya malam-malam ni?" Tengku Ryan Shah terdiam saat mendengar suara di hujung talian.
" Berikan saya sebab kenapa awak nak berhenti kerja?" Tengku Ryan Shah sudah mengerutkan dahi. Ini lagi menambahkan masalah. Baru saja sehari kerja sudah minta resign. Kerja pula banyak main-main!
" Baiklah. Kalau awak nak berhenti juga, saya takkan halang. Tapi mengikut perjanjian yang awak dah tandatangani, awak dikehendaki membayar 3bulan gaji. Itu masalah awak. Kalau awak rasa awak tak mampu nak bayar, awak kena jugalah bekerja disini." Tengku Andrian mengangguk saat mendengar Aliya berkata-kata bagaikan Aliya boleh melihat anggukannya.
" Baiklah. Kalau macam tu esok pagi awak datang cepat sikit sebab saya ada breakfast meeting dengan Encik Syafiq dari Permata Gemilang. Okey, bye." Tengku Ryan menekan butang merah. Keluhan lemah dilepaskan. Dia sudah malas mahu fikir apa-apa lagi. Tidur lagi bagus.
Aliya membungkam sebaik sahaja mematikan telefon bimbitnya. Dadanya turun naik bagaikan dia mahu terkena asma. Peluh mula terbit didahi walaupun ketika itu penghawa dingin sedang elok berfungsi. Mati aku! Akhirnya itu yang terluah dibibir mungilnya. Apa aku nak buat ni? Esok Tengku Ryan ada breakfast meeting dengan abang Syafiq. Jadi peratus untuk aku bertembung dengan abang Syafiq sangat tinggi. Memang cari nahas betul! Kenapalah dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni, dengan abang Syafiq juga Tengku Ryan Shah nak berkawan? Argh!!! Aku nak berhenti tapi kena bayar tiga bulan gaji pula. Kalau tiga bulan gaji bermakna aku kena bayar RM30 ribu? Mana aku nak cari duit? Arghhh... serabutnya aku! Aku mesti lakukan sesuatu. Ya, aku mesti lakukan sesuatu! Qira, apa pun jadi saya tetap akan berusaha untuk tolong awak. Saya tak akan benarkan awak tanggung masalah awak tu sorang-sorang. Saya sayangkan awak. Hanya awak kawan saya dunia akhirat.

**

Tengku Ryan Shah terkebil-kebil. Sesekali dia menggosok matanya. Rasanya dia tak rabun tapi kenapa dia rasa lain macam saja bila tengok figura yang berada di hadapannya sekarang? Ini manusia ke monyet?
“ Selamat pagi Tengku.”
“ Awak ni siapa?”
Aliya tersengih. Wah, nampaknya berjaya juga transformasi yang dilakukannya sampaikan Tengku Ryan Shah pun tak boleh nak cam muka aku yang comel ni.
“ Sayalah ni Tuan Muda, Aliya!”
“ Aliya?” Tengku Ryan Shah bagaikan ingin muntah hijau melihat penampilan baru Aliya. Sungguh menjelikkan sampaikan Tengku Ryan Shah langsung tidak dapat membezakan antara badut dan juga manusia. Diperhatikan Aliya dari atas ke bawah berkali-kali. Dengan rambut palsu separas bahu, berwarna hijau pucuk pisang pula tu. Dengan make up tebal, lipstik yang entah berapa batang lipstik ditonyoh pada bibirnya, dengan cermin mata besar bertenggek di batang hidung mancung itu. Eh, ada pula tahi lalat besar dipipi kirinya. Hampir meleleh air liur Tengku Ryan melihatnya.
“ Apa kena awak ni? Buang tebiat ke?”
“ Kalau Tengku nak tahu, inilah fesyen terbaru saya. Cantik tak?” Aliya sudah mengerdipkan matanya persis wanita penggoda. Tengku Ryan Shah terasa macam mahu pengsan. Fesyen apa macam ni? Macam badut je aku tengok! Gumam Tengku Ryan Shah dalam hati.
“ Err... saya rasa...er..."
" Alah, saya tahulah yang Tuan Muda terpikat dengan kecantikan saya tapi malu nak cakap, kan? Kalau Tuan Muda betul-betul dah terpikat pada saya, luahkan saja. Saya pasti akan terima Tuan Muda dengan besar hati." Dalam hati Aliya ingin saja tergelak besar melihat wajah kelat Tengku Ryan Shah. Tentu Tengku Ryan Shah geli geleman mendengar kata-katanya. Ah, ada aku kisah?
" Dahlah, jangan nak merepek lagi. Cepat, nanti saya terlambat pula nak berjumpa dengan Syafiq. Lagi satu, awak jangan nak gedik-gedik macam tu, naik meremang bulu roma saya." ujar Tengku Ryan Shah. Dah macam ulat beluncas pula bila Aliya terlenggok-lenggok depannya. Dalam hati Tengku Ryan Shah tertanya-tanya kenapa sampai begitu sekali perubahan Aliya? Adakah sebab Aliya ingin menunjukkan tanda protesnya sampai menukar penampilan seperti itu? Tengku Ryan Shah tergeleng-geleng. Nasib akulah dapat pembantu putus wayar macam ni.Keluh Tengku Ryan Shah.
Aliya tersengih. Dia membukakan pintu kereta untuk Tengku Ryan Shah. Wangian yang dipakai Tengku Ryan Shah menyapa lubang hidungnya saat Tengku Ryan Shah berada berhampirannya. Wangi dan segar. Aliya rasa macam nak cium-cium je Tengku Ryan Shah. Mahu pengsan Tengku Ryan Shah dibuatnya nanti. Aliya sudah tergelak di dalam hati.
Setengah jam kemudian mereka berhenti di sebuah restoran mewah. Aliya mengerutkan dahi. Alamak, kenapa dekat sini juga mereka nak berjumpa? Aliya melepaskan keluhan bila melihat restoran mewah yang sedang gah berdiri di hadapannya. Entah bila restoran ni nak bankrap pun tak tahulah. Nampak sangat yang Aliya berdendam dengan restoran itu sampaikan dia sanggup berdoa agar restoran itu bankrap dalam masa yang terdekat ini.
" Tuan Muda memang suka datang dekat restoran ni ke?"
" Kenapa?" Tengku Ryan Shah mengerutkan dahi. Aliya memandangnya jelik. Macam salah pula bila dia masuk ke dalam restoran itu.
" Dalam banyak-banyak restoran dekat Kuala Lumpur ni, kenapa mesti restoran ni yang Tuan Muda nak pergi? Restoran ni tak menarik langsung!" ngomel Aliya.
" Saya tak perlukan kritikan awak tentang restoran ni, Aliya. Lagipun kalau awak nak tahu, restoran ni milik mama saya." Aliya menelan liur. Restoran ni milik mama Tengku Ryan Shah? Kenapa selama ni aku tak tahu pulak?
" Awak sebenarnya anti dengan Encik Ahmad sebab tu awak kalau boleh tak mahu jejak ke dalam restoran ni. Saya tahu awak pernah kerja di sini. Saya juga tahu baru sehari awak kerja di sini, Encik Ahmad dah buang awak. Tapi awak kena ingat, Encik Ahmad buat semua tu pun bersebab. Kalau tidak kerana kecuaian awak, tentu Encik Ahmad takkan buang awak macam tu saja."
Aliya terpana.
" Rasanya lelaki yang saya langgar tu..."
" Ya, lelaki tu saya." Tengku Ryan Shah lantas mengenakan kaca mata hitam. Aliya ternganga. Memang sah sangkaannya. Lelaki yang berada di hadapannya sekarang memang sebijik dengan lelaki yang di'cuci'nya minggu lalu. Itulah lelaki yang terlalu 'cool'. Kalau orang lainlah, memang dah lama dia kena sumpah seranah.
" Ryan!"
Tengku Ryan Shah dan Aliya mengalihkan pandangan ke arah seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka. Mulut Aliya terus ternganga besar. Tengku Ryan Shah pula sudah berdeham meminta Aliya mengawal kelakuannya. Tak perlulah nak ternganga besar macam tu bila tengok lelaki handsome. Tapi bagi Aliya, bukan kerana ketampanan lelaki itu tetapi kerana lelaki itu adalah Syafiq!
" Ingatkan aku yang terlewat. Rupanya kau pun baru sampai. Eh, siapa makhluk asing ni? Ini manusia ke badut?" Syafiq sudah memandang pelik figura yang berada di hadapannya. Aliya mengetap bibir geram. Memang dia kenal sangat dengan mulut laser abangnya itu. Kalau tak difikirkan penyamarannya, memang sudah lama dia tarik telinga Syafiq.
" Ini pemandu peribadi merangkap tea lady,cleaner, bodyguard dan penasihat aku. Baru dua hari kerja."
“ Wah banyak betul jawatan dia ya.”
Tengku Ryan Shah tersenyum simpul.
“ Barulah berbaloi dengan gaji yang dia mintak.”
Tidak berkelip mata Syafiq memandang Aliya atas bawah. Tidak disangka yang Tengku Ryan Shah akan mengambil manusia pelik seperti ini bekerja dengannya sedangkan selama ini Tengku Ryan Shah amat menitikberatkan penampilan setiap pekerjanya. Tapi sekarang...eh, nanti kejap! Kenapa aku macam kenal je minah ni... Ini macam.. ah, tak mungkinlah!
" Macam nak tercabut mata kau pandang pekerja aku ni? Takkan dah terpikat kot." tegur Tengku Ryan Shah. Takkan betul Syafiq sudah terpikat dengan pekerjanya. Teruk sungguh citarasa Syafiq.
" Bukan sebab dah terpikat. Tapi... entahlah. Tiba-tiba aku teringatkan adik aku."
Aliya rasa macam mahu tercekik. Takkan Syafiq cam muka dia ni? Aduh, macam mana ni!!! Ikutkan hati, mahu saja Aliya menyembunyikan diri di dalam bonet kereta. Tapi nanti lagilah Tengku Ryan Shah dan Syafiq akan fikir dia tak waras pula.
" Dahlah. Jom masuk ke dalam. Aliya, awak nak join breakfast sekali ke?" Tengku Ryan Shah seperti mahu menyelamatkan keadaan namun bagi Aliya, dia seakan sedang menghampiri tali gantung.
" Aliya?" Syafiq sudah mengerutkan dahi.
" Sebenarnya nama saya Ally. Tapi Tuan Muda suka dengan nama Aliya sebab tu dia panggil saya Aliya." Aliya membesarkan suaranya agar Syafiq tidak dapat mengecam suara aslinya. Ah, hentam kromo sajalah.
Tengku Ryan Shah menggeleng-geleng.Ada-ada sajalah kerenah Aliya. Malas dia mahu melayan lagi. Terus bahu Syafiq dirangkul.
" Jom, masuk. Nanti lewat pula kau nak masuk pejabat. Aku tak apa, pejabat aku dekat je dari sini." Terus ditarik Syafiq yang masih terpinga-pinga.
“ Pekerja kau tu macam makhluk asing. Aku nak tengok pun takut-takut!”
“ Eleh, takut-takut konon. Aku tengok macam nak tercabut mata kau tengok dia. Jangan terpikat sudahlah.”
“ Hisy, selisih malaikat 44. Entah-entah orang gila pun cabut lari kalau tengok dia.”
Aliya menarik nafas panjang saat telinganya menangkap perbualan Syafiq dan Tengku Ryan Shah. Abangnya itu memang suka cakap lepas. Sesuka hati mengutuk orang. Namun dalam masa yang sama Aliya tetap berasa lega apabila kelibat Tengku Ryan Shah dan Syafiq hilang dari pandangannya. Perut Aliya berbunyi minta diisi. Pagi tadi dia memang tidak sempat menjamah sarapan pagi. Nampaknya dia terpaksa menahan kelaparan. Dia lebih rela daripada terpaksa menahan panahan mata Syafiq yang seakan sedang berusaha untuk mengecam siapa dia. Harap-harap Syafiq tak syak apa-apa.
Aliya terkejut kecil apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Qira dilayar skrin. Pantas Aliya menjawab.
" Assalamualaikum Qira."
" Waalaikumsalam. Aliya, macam mana? Awak dah dapat kumpulkan duit yang saya nak tu ke?" Belum sempat Aliya menghela nafas, die terus diterjah dengan pertanyaan seperti itu.
" Belum lagi Qira. Tapi awak jangan risau, saya akan berusaha untuk tolong awak. Saya pasti akan dapat kumpulkan duit tu untuk awak."
" Saya harap awak akan tunaikan janji awak. Saya sendiri dah tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah buntu sangat. Hanya awak saja yang boleh tolong saya."
Aliya menghela nafas panjang. Dia faham perasaan Qira. Perkara ini melibatkan keselamatan Qira. Selagi masalah ini tidak selesai, selagi itulah Qira tak akan rasa aman. Aliya bersimpati dengan Qira. Lagipun dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan membantu Qira tidak kira dalam apa jua keadaan.
" Saya janji akan tolong awak, Qira. Awak jangan risau ya." pujuk Aliya. Dalam hati dia sudah bertekad untuk tidak berputus asa. RM500 ribu perlu dikumpulkan secepat mungkin!

**

“Ryan sayang...”
Langkah Tengku Ryan Shah terhenti. Dia menoleh. Keluhan lemah dilepaskan saat matanya terpanah pada susuk tubuh Maya yang sedang tergedik-gedik menghampirinya.
“ Tak sangka I akan jumpa you dekat sini. You nak pergi lunch ke? Jomlah kita lunch sama-sama.” Maya sudah menarik tangan Tengku Ryan Shah. Tengku Ryan Shah mengeraskan badannya sambil matanya melilau mencari kelibat Aliya. Takkanlah parking kereta lama sangat! Tengku Ryan Shah sudah menggumam dalam hati.
“ Kenapa ni sayang? You cuba nak mengelak dari I ya? Sampai hati you tau! I call, I whats up, you langsung tak mahu pick up. Kecil hati I.”
“ Maya, please. Malulah orang tengok.” keluh Tengku Ryan Shah. Ini semua sebab mama. Kawan-kawan mama tak habis-habis mahu 'kenen'kan dia dengan anak-anak mereka. Macamlah tak ada lelaki lain dalam dunia ni.
“ Apa yang you nak malukan? Biarlah semua orang tengok. Biar semua orang tahu yang you milik I.” Maya sudah 'mengendeng' di sebelah Tengku Ryan Shah. Sengaja dia meliuk lentok tubuhnya untuk menggoda Tengku Ryan Shah.
Tengku Ryan Shah bagaikan sudah naik rimas. Karang kalau dia berkasar, dia juga akan nampak teruk dimata orang lain yang sedang memandang tingkah mereka ketika itu.
“ Hoi, ulat beluncas!”
Tengku Ryan Shah dan Maya tercari-cari suara garau itu. Terbeliak mata Maya melihat seekor makhluk asing sedang menghampiri mereka manakala Tengku Ryan Shah sudah menarik nafas lega. Tepat pada masanya!
“ Lepaskan dia!!!” Aliya sudah menarik tangan Maya dari terus menyentuh Tengku Ryan Shah.
Maya mengaduh sakit apabila tangannya ditarik kasar. Kasar sungguh makhluk asing itu!
“ Aduh, sakitlah! Apa pegang-pegang ni. Hisy!!!” Maya sudah menyeringai. Geli geleman pula dia apabila makhluk asing itu menyentuh kulitnya lagi-lagi apabila melihat beberapa batang gigi makhluk asing itu yang jelas kehitaman.
“ Ryan...tolonglah lindungi I dari makhluk asing ni. Gelinya I tengok gigi dia yang hitam tu!!!” Maya menghampiri semula Tengku Ryan Shah. Lengan lelaki itu dipeluk kejap. Tengku Ryan Shah pula menyembunyikan tawa. Geli hati pula dia melihat perbalahan antara Aliya dan Maya. Sempat pula dia mengerling ke arah mulut Aliya. Dia menggeleng-geleng melihat mulut Aliya yang kelihatan comot. Ini mesti Aliya makan coklat tadi. Warna hitam pada giginya pasti kerana sisa-sisa coklat yang melekat pada giginya.
“ Dia bukan makhluk asing. Dia manusia.” ujar Tengku Ryan Shah. Terbeliak mata Maya memandang figura yang dikatakan manusia itu. Dengan rambut afro berwarna oren, kaca mata besar bertenggek dibatang hidung, dengan lipstik berwarna biru tercalit dibibirnya. Blusher dan eye shadow yang merah menyala. Ini memang mengalahkan badut!
“ Jangan sentuh dia! Hei, ulat beluncas! Kalau kau nak tahu Ryan ni bakal tunang aku. Lepaskan dia!”
Semakin ternganga mulut Maya dibuatnya. Bakal tunang? Dia tersalah dengar ke? Tengku Ryan Shah pula sudah terkelip-kelip matanya mendengar perkataan itu. Ah, ikut saja rentak Aliya asalkan dia terselamat dari Maya.
“ Sayang, you...”
“ Apa sayang-sayang? Sekali aku lempang, melayang jugak kau nanti. Tepi, ke tepi!!!!” Aliya menarik Maya agar menjauhi Tengku Ryan Shah. Cepat-cepat Aliya merangkul lengan Tengku Ryan Shah.
“ Jangan kau berani dekati Ryan lagi. Kalau aku nampak kau kacau Ryan lagi, siap kau!”
“ Tak. I tak percaya! Mustahil Ryan akan pilih perempuan pelik macam tu. Mustahil citarasa Ryan teruk macam ni! Ryan, baik you berterus terang dengan I. Betul ke perempuan ni bakal tunang you?”
Tengku Ryan Shah mengangguk dengan yakin membuatkan Maya seakan ingin pengsan di situ juga.
“ Tapi dia ni eww.... i sendiri geli tengok dia!”
“ Itu you. Tapi bagi I, perempuan macam ni yang I suka. Dia lain daripada yang lain. Perempuan macam ni yang akan jadi pilihan I.”
“ Kau dengar tu ulat beluncas? Kau dah faham, kan? Apa kata kau berambus dari sini. Jangan ganggu Ryan lagi. Jom, sayang. Anje dah laparlah.” Aliya sudah merengek di situ membuatkan Maya terus menghamburkan muntah yang di tahan-tahan. Huh, teruk sangat ke muka dia sampai Maya bereaksi sampai macam tu sekali? Ah, lantak kaulah! Terus Aliya dan Tengku Ryan Shah meninggalkan Maya yang sedang melegakan tekaknya yang begitu loya melihat pasangan itu. Langsung tak padan. Bagaikan pinang terbelah serong!
Tengku Ryan Shah melepaskan tawa. Aliya sudah mencebik.
“ Thanks Aliya! Sampai termuntah, awak buat!”
“ Dasar lelaki playboy!” dengus Aliya perlahan namun tetap singgah dipendengaran Tengku Ryan Shah.
“ Excuse me! Saya bukan playboy tapi kerana saya terlalu kacak sampai mereka semua tergila-gilakan saya. Lagipun itu sudah menjadi salah satu tugas awak untuk melindungi saya dan memastikan saya tidak diganggu oleh manusia-manusia seperti itu.” Seusai saja berkata-kata Tengku Ryan Shah terus melangkah masuk ke dalam restoran. Perutnya pun sudah berkeroncong hebat.
Aliya merengus geram. Tak pasal-pasal aku pula yang terpaksa mengawal perempuan-perempuan yang mengejar kau. Ahhh... apa boleh buat, dah nasib badan!

**

" Kak Aliya!"
Aliya menoleh.
" Ada apa?"
" Tu... abang yang duduk dekat meja hujung sana tu panggil akak." Aliya memanjangkan lehernya. Peluh yang terbit didahi dilap dengan tuala kecil yang melingkari lehernya. Sempat pula dia membetulkan rambut afronya. Bukannya apa, dia bimbang terserempak dengan kenalan keluarganya, sebab itu dia terpaksa mengubah penampilan. Kalaulah keluarganya tahu, entah apalah hukuman yang akan diterima. Namun demi Qira, Aliya perlu menguatkan semangat. Dia tidak akan sesekali berputus asa selagi masalah Qira tidak dapat diselesaikan. Serta-merta mata Aliya terbeliak memandang susuk tubuh seorang pemuda yang sedang duduk di salah sebuah meja makan di kedai burger itu.
" Macam mana mamat ni boleh tahu aku kerja dekat sini pulak?" Sambil merengus kecil Aliya berjalan ke arah lelaki itu.
" Apa yang Tuan Muda buat dekat sini malam-malam ni?"
" Betul rupanya sangkaan saya. Patutlah macam kenal. Malam-malam memang awak buat part time jual burger ke?" Tengku Ryan Shah memandang Aliya atas bawah. Kasihan pula dia melihat Aliya yang kelihatan sedikit comot.
" Haah. Nak buat macam mana Tuan Muda. Saya ni orang susah. Macam-macam kerjalah saya kena buat untuk tampung hidup saya." Aliya sudah buat muka kesian.Mana tahu Tengku Ryan Shah akan naikkan gaji dia sebab kesian. Memang beruntunglah dia nanti.
Tengku Ryan Shah terdiam seketika. Mustahil gaji yang ditawarkan masih tidak mencukupi untuk menampung hidup Aliya. Rasanya lebih dari cukup.
" Tuan Muda tak kisah ke makan kat gerai macam ni?" Aliya melirik ke arah gerai burger tempatnya bekerja. Macam tak percaya pula Tengku Ryan Shah sudi makan di tempat-tempat begini. Setahu dia, kebanyakkan golongan kerabat dan berada seperti Tengku Ryan Shah jarang mahu makan di tempat seperti itu.
" Saya lalu dekat sini tadi, nampak awak, terus saya singgah. Alang-alang tu saya beli burger sekali."
Aliya tersengih. Melihat penampilan Tengku Ryan Shah membuatnya memuji dalam diam. Tengku Ryan Shah nampak begitu kacak dengan t-shirt polo berwarna biru.
" Awak ada masalah kewangan ke Aliya?" Tengku Ryan Shah sudah memfokuskan pandangannya pada Aliya. Dia memang prihatin terhadap kebajikan pekerja-pekerjanya. Aliya sudah mengangkat kening. Agak-agaknya kalau dia cakap yang dia mahu pinjam duit pada Tengku Ryan Shah, Tengku Ryan Shah akan bagi tak? Rasanya tak salah kalau dia mahu cuba nasib. Terus Aliya menarik kerusi lalu dia duduk dikerusi itu walaupun tanpa dipelawa. Tengku Ryan Shah yang memang sedia tahu dengan sikap selamba Aliya langsung tidak ambil peduli dengan sikap Aliya.
" Alang-alang Tuan Muda dah tanya ni, lebih baik saya berterus terang. Boleh tak kalau saya nak pinjam duit dengan Tuan Muda?" Tanpa banyak berkias, Aliya terus menyatakan tujuannya. Setahu dia, Tengku Ryan Shah bukan jenis kedekut. Rasanya tak akan ada masalah kalau dia mahu pinjam duit yang agak banyak dengan Tengku Ryan Shah.
“ RM500 ribu? Awak nak buat apa dengan duit sebanyak tu?” Macam nak tersembul mata Tengku Ryan Shah apabila Aliya menyatakan jumlah wang yang dia mahukan. Cepat-cepat Aliya meletakkan jari telunjuknya pada bibir meminta Tengku Ryan Shah memperlahankan suaranya. Kalau terkejut sekalipun, janganlah sampai menjerit sampai macam tu sekali.
“ Awak nak buat apa dengan duit tu?” Tengku Ryan Shah berbisik ditelinga Aliya sambil matanya memandang sekeliling. Beberapa orang pelanggan yang sedang makan di gerai burger itu sesekali mengerling ke arah mereka.
Aliya menggaru kepalanya untuk seketika. Nak berterus terang ke tidak ni? Hm... rasanya tak salah kalau dia berkongsi masalah dengan Tengku Ryan Shah. Walaupun dia penasihat lelaki itu, namun dia juga manusia biasa yang juga perlukan nasihat dan pandangan. Mana tahu Tengku Ryan Shah dengan baik hati mahu meminjamkan dia duit sebanyak itu. Sekurang-kurangnya bebannya akan berkurangan.
“ Awak memang seorang kawan yang baik.” luah Tengku Ryan Shah sebaik sahaja mendengar cerita Aliya. Dalam hati dia sangat bersimpati dengan nasib kawan Aliya. Kerana ayah tirinya yang tidak bertanggungjawab itu, Qira terpaksa menganggung bebanan hutang.
“ Hanya Qira saja kawan yang saya ada. Kalau saya tak tolong dia, siapa lagi yang akan tolong dia. Saya tak sanggup Qira diapa-apakan.Walaupun saya ni orang susah, saya tetap mahu menolong Qira selagi ada daya saya. Saya sanggup buat apa saja untuk kawan saya tu.”
Tengku Ryan Shah mengangguk. Jumlah yang diinginkan Aliya sangat besar. Agaknya seumur hidup pun Aliya tak akan mampu bayar balik duit sebanyak itu. Patutlah Aliya meminta gaji yang agak lumayan ketika temuduga di syarikatnya. Kalau di syarikat lain, jangan haraplah permintaan Aliya dilayan. Ikutkan Tengku Ryan Shah juga berat untuk meluluskan permintaan gaji Aliya,kerana itulah dia mengarahkan bermacam-macam kerja dan tugasan untuk Aliya agar bayaran yang dikenakan berbaloi dan setimpal dengan kerja Aliya. Sekarang barulah dia tahu yang Aliya perlukan wang yang banyak untuk membantu sahabat baiknya. Beruntung Qira mendapat kawan baik seperti Aliya.
“ Saya memang tak ada masalah kalau nak bagi awak pinjam duit sebanyak itu tapi apa jaminan awak yang awak akan bayar balik duit saya tu?” Tengku Ryan Shah sudah mengangkat keningnya. Aliya terdiam. Ya, Tengku Ryan Shah pasti inginkan cagaran. Mungkin dia takut aku akan menghilangkan diri sebaik sahaja dapat duit tu.
“ Tuan Muda boleh ambil gelang tangan saya ni sebagai cagaran. Inilah satu-satunya peninggalan arwah tuk nek saya.” Aliya sudah membuka gelang tangannya. Peninggalan arwah neneknya yang sangat disayangi. Berat hatinya ingin menjadikan gelang peninggalan itu sebagai cagaran namun dia yakin Tengku Ryan Shah akan menjaga gelangnya itu sebaik mungkin sehinggalah dia berjaya menyelesaikan segala hutang piutangnya.
“ Awak yakin nak cagarkan gelang ni pada saya?” Tengku Ryan Shah inginkan kepastian. Melihat muka keruh Aliya membuatkan Tengku Ryan Shah bersimpati. Dia tahu yang gelang tangan itu begitu berharga buat Aliya.
Aliya mengangguk.
“ Saya harap Tuan Muda akan jaga gelang saya ni baik-baik sehinggalah saya selesaikan semua hutang saya pada Tuan Muda.”
“ Baiklah. Tapi sebenarnya rantai gelang ni masih tak cukup untuk awak jadikan cagaran. Gelang ni masih tak berbaloi dengan RM500 ribu yang awak nak pinjam tu.”
Aliya sudah membulatkan mata. Rambut Afronya dirasakan bagaikan mahu terbang ditiup angin. Segera dibetulkan rambut palsunya itu.
“ Habis tu Tuan Muda nak saya cagarkan apa lagi? Takkan saya nak cagarkan gerai burger ni pula?” Aliya sudah separuh menjerit. Gerai burger yang bagaikan hidup segan mati tak mahu tu dikerlingnya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan saat matanya bertembung dengan mata tajam tuan milik gerai burger itu yang memandangnya dari jauh. Terlupa yang sekarang ini waktu kerja, boleh pula dia berborak dengan Tengku Ryan Shah. Sudahlah selamba saja dia berbual-bual disitu waktu kerja, lepas tu boleh pulak ada hati mahu cagar gerai burger itu pada Tengku Ryan Shah? Mahu saja dia ditamatkan perkhidmatan kalau bosnya itu tahu.
“ Bukan mudah untuk saya berikan RM500 ribu macam tu saja pada awak. Banyak yang awak perlu lakukan untuk saya. Nantikan saja segala arahan dari saya. Kalau saya berpuas hati, baru saya akan luluskan pinjaman awak tu.” Tengku Ryan Shah sudah tersenyum sinis. Aliya terngadah. Lirikan mata Tengku Ryan Shah membuatkan Aliya seram sejuk. Terkebil-kebil mata Aliya memandang wajah Tengku Ryan Shah yang seakan sudah berubah dipandangan matanya. Dah macam perogol bersiri pun ada. Hilang sudah gaya machonya.
“ Ingat tu Aliya, awak perlu bersiap sedia untuk menerima apa jua arahan dari saya barulah saya akan beri awak RM500 ribu tu. Okeylah, saya balik dulu. Bos awak tu pun asyik jeling-jeling je dekat sini. Awak sambunglah kerja awak tu. Oh ya, gelang ni saya ambil ya.” Tengku Ryan Shah sudah tersenyum panjang. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Aliya sebelum melangkah pergi. Aliya sudah meremang bulu roma. Lain macam je Tuan Muda ni. Jangan-jangan dia nak jadikan aku perempuan simpanan dia. TIDAK!!!
“ Hoi, gila ke?”
Aliya memekup mulut. Tidak sedar yang dia sudah menjerit dengan perkataan TIDAK. Dipandang kelibat Tengku Ryan Shah yang sudah lama menghilang. Sebuah keluhan dilepaskan!

**

Aliya sudah membulatkan mata. Berlakon? Sejak bila pula Tengku Ryan Shah ni jadi produser filem sampai nak ambil aku berlakon ni? Tak sangka betul yang Tengku Ryan Shah ada bakat dalam bidang perfileman. Sudahlah bekerjaya sebagai CEO, sekarang bakal jadi pengarah terkenal pula tu. Hisy, memang bukan calang-calang orang Tengku Ryan Shah!
“ Ya berlakon. Saya mahu awak pegang watak utama dalam lakonan yang saya tawarkan.”
“ Tapi saya tak ada bakat langsung dalam bidang lakonan. Usahkan pelakon utama, nak jadi pelakon tambahan apatah sipi-sipi pun saya rasa saya tak layak langsung.” Aliya sudah gabra. Ingat senang ke nak jadi pelakon? Kena hafal skrip dan betul-betul menjiwai watak. Aku bab-bab nak menghafal ni memang lemah. Opss bukan lemah tapi lebih kepada malas.
“ Awak jangan risau. Awak ikut saja arahan dari saya. Tak perlu hafal skrip sangat. Yang penting awak mampu menjiwai watak. Itu saja.”
Aliya sudah mengerutkan dahi. Rambut punknya yang berwarna merah jambu digaru-garu. Gatal pula bila pakai rambut palsu macam ni. Tapi nak buat macam mana, terpaksa dia menyamar kerana sekarang Syafiq selalu saja dilihat 'berkeliaran' di Generation Corps. Dengan pernyamaran seperti itu dia lebih yakin bergerak ke sana sini.
“ Apa tajuk cerita yang Tuan Muda arahkan sekarang?”
“ Bakal isteriku RM500 ribu.”
Aliya mengurut dagunya. Apa punya tajuklah. Macam tak ada tajuk lain pulak.
“ Siapa pelakon lelaki utama?”
“ Saya!”
Mulut Aliya sudah melopong.
“ Ya, Aliya. Awak akan berlakon dengan saya. Berlakon jadi bakal isteri saya. Kalau betul awak mahu saya bagi awak pinjam RM500 ribu tu, awak tak boleh sesekali menolak tawaran lakonan ini.” Aliya sudah pening-pening lalat. Semakin banyak Tengku Ryan Shah bercakap, semakin banyak yang dia tak faham..
“ Sebagai penasihat dan pembantu saya, saya tahu awak tak akan menolak permintaan saya lebih-lebih lagi kerana RM500 ribu tu saya yakin yang awak sanggup buat apa saja. Pastikan awak bersedia untuk berjumpa dengan mama dan papa saya. Selepas ini saya mahu awak pergi beli baju yang bersesuaian. Oh ya, pastikan awak tak berpenampilan macam ni. Saya tak mahu mama dan papa saya terkena serangan jantung bila tengok bakal menantu dia berpenampilan macam ni. Rambut palsu awak tu....aisy...susah saya nak cakap macam mana.” Tengku Ryan Shah melepaskan keluhan berat melihat rambut palsu Aliya yang silih berganti setiap hari. Bermacam-macam gaya dan warna. Tengku Ryan Shah yang selama ini menitikberatkan tentang penampilan pekerja-pekerjanya langsung tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Memandangkan yang Aliya seorang pekerja yang agak berdedikasi dan serasi dengannya, terpaksalah Tengku Ryan Shah menutup mata dari melihat bermacam-macam fesyen yang ditonjolkan oleh Aliya.
“ Saya nak kena berjumpa dengan mama dan papa Tuan Muda?”
“ Ya, Aliya. Malam ini saya akan jemput awak makan malam di rumah saya. Saya akan perkenalkan awak sebagai calon isteri saya. Saya mahu malam ni awak berikan lakonan terbaik dan mantap. Jangan sesekali rahsia lakonan kita terbongkar.”
Perbualannya dengan Tengku Ryan Shah pagi tadi terngiang-ngiang dipendengarannya dan kini dia bagaikan bermimpi dengan apa yang dialaminya. Sekarang dia berdiri ditengah-tengah kelompok kerabat diraja itu dan juga tetamu istimewa yang diundang untuk memenuhi makan malam dirumah mewah itu. Aliya menelan air liur namun terasa tekaknya berpasir. Sungguh dia langsung tidak menduga semua ini akan terjadi.
“ Rupa-rupanya ini anak you? I tak sangka selama ini anak you berkasih sayang dengan anak I. Tak sia-sia rancangan kita nak menyatukan mereka. Kalau macam inilah, kita boleh percepatkan tarikh pernikahan mereka.”
Tengku Ryan Shah dan Aliya rasa ingin tercekik mendengar kata-kata ibu bapa mereka. Bagaikan mimpi. Lain yang dirancang, lain yang terjadi. Tiada lagi lakonan, tiada lagi sandiwara. Belum pun sempat Aliya dan Tengku Ryan Shah memainkan peranan masing-masing, rupanya terjadi perkara yang tidak disangka-sangka.
“ Jadi inilah Aliya Batrisyah yang mama nak kahwinkan dengan Ryan?” Sungguh terkejut. Bagaikan ingin meletup jantungnya. Rupanya inilah Aliya yang mama dan papanya ingin satukan dengan dia. Bermati-matian dia membantah. Dia sanggup mengupah Aliya menjadi calon isteri palsunya namun tidak disangka rupanya calon isteri upahannya dan calon menantu pilihan keluarganya adalah orang yang sama. Tapi kenapa selama ini Aliya... Arghhh.... apa aku nak buat sekarang? Aliya, kenapa kau tipu aku selama ni??
“ Tuan Muda...”
“ Diam!” Tengku Ryan Shah sudah merah padam menahan marah. Langsung tidak dipedulikan renungan mata mama dan papanya serta ibu bapa Aliya saat dia menarik tangan Aliya beredar dari situ.. Marahnya sudah naik ke kepala. Tidak pernah dia naik angin seperti itu.
“ Kenapa awak tipu saya? Kenapa awak sembunyikan status awak? Kenapa awak tak cakap yang awak ni anak Tan Sri Khalid? Kenapa awak sanggup tipu saya yang awak tu anak orang susah? Kenapa awak sanggup tipu saya, Aliya. Cakap!”
Aliya sudah menggeletar. Selama dia bekerja dengan Tengku Ryan Shah, tidak pernah dia melihat Tengku Ryan Shah marah seperti itu. Lelaki yang dikenalinya selama ini seorang yang sangat cool dan berkarisma. Air mata Aliya sudah mengalir deras. Dia tidak pernah dimarahi seperti itu. Dia tidak pernah ditengking. Dia tidak pernah dilayani seperti itu. Mummy, daddy dan abang Syafiq sendiri tidak pernah langsung meninggikan suara padanya.
“ Tu...Tuan Muda...sa... saya...”
“ I hate liar!!!!!”
Terus Tengku Ryan Shah meninggalkan Aliya. Aliya terjelepuk ke tanah bersama deraian air mata.

**
“ Apa benda ni Aliya? Explain dekat abang sekarang jugak!” Syafiq sudah mencampakkan koleksi rambut palsu Aliya ke lantai. Nalurinya membuatkan dia melakukan pemeriksaan di dalam bilik Aliya dan akhirnya segala yang ada difikirannya selama ini tidak pernah silap. Memang benar sangkaannya Ally yang bekerja dengan Tengku Ryan Shah adalah Aliya. Tengku Ryan Shah juga sudah menjelaskan segalanya malah tentang duit RM500 ribu itu juga Syafiq sudah tahu. Tidak disangka yang Aliya sanggup meminjam duit sebanyak itu kepada Tengku Ryan Shah. Malu! Itu yang dirasakan oleh Syafiq sekarang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mahu berhadapan dengan Tengku Ryan Shah. Mungkin waktu itu Tengku Ryan Shah masih tidak tahu yang Aliya itu adalah adiknya namun kini semuanya sudah terbongkar. Di mana dia mahu letak muka?
“ Ab...abang...” YA ALLAH, bala apa lagi ni? Urusan dia dengan Tengku Ryan Shah pun masih belum selesai lagi kini sudah bertambah pula dengan tembelangnya yang sudah pecah.
“ Abang dah siasat semuanya. Aliya sanggup tangguhkan pengajian. Aliya sanggup bekerja di Generation Corps dan jadi kuli di gerai burger. Aliya sanggup menyamar dengan pakai benda-benda macam ni untuk mengaburi mata abang dan daddy. Aliya ingat Aliya boleh sembunyikan semua ni selama-lamanya ke? Sanggup Aliya tipu kami kononnya sibuk dengan study group tapi rupa-rupanya Aliya sibuk jadi kuli orang dekat luar sana tu. Apa perasaan daddy dan mummy kalau tahu Aliya buat semua benda-benda macam ni? Apa perasaan mereka kalau tahu yang Aliya tangguh pengajian? Kenapa Aliya tak pernah fikir semua tu?”
Aliya sudah mengongoi. Sungguh dia rasa sedih sangat. Abang yang disayangi selama ini tidak pernah meninggikan suara padanya namun hari ini dia menjadi mangsa kemarahan Syafiq. Dia tahu dia bersalah namun niatnya baik. Dia hanya mahu membantu Qira, itu saja.
“ Mana duit Rm500 ribu tu? Mana?” Syafiq sudah menengking sampai terangkat bahu Aliya kerana terkejut dengan tengkingan itu. Aliya sudah menggeletar. Bimbang Syafiq akan terlepas laku. Bila marah, macam-macam kemungkinan boleh terjadi.
“ Duit tu... duit tu... Aliya dah bagi Qira.”
“ Apa?” Syafiq sudah membentak. Semakin meningkat suhu kemarahannya.
“ Aliya buat semua ni kerana Qira. Niat Aliya baik. Aliya hanya mahu tolong Qira. Aliya tak mahu Qira diapa-apakan. Itu sahaja.” Aliya sudah mengongoi. Dia mengharapkan pengertian Syafiq. Hanya Syafiq yang boleh faham dia. Kalau Syafiq pun tidak mahu beri dia peluang, pada siapa lagi dia boleh mengharap.
“ Kenapa Aliya bodoh sangat, hah? Kenapa Aliya tak siasat dulu? Kenapa Aliya senang-senang je bagi duit sebanyak tu pada orang luar?”
“ Qira kawan baik Aliya. Aliya tak sanggup tengok dia susah macam tu. Aliya tak mahu keselamatan Qira terancam. Aliya sayang Qira. Aliya dah anggap Qira macam kakak kandung Aliya sendiri.”
Syafiq sudah tersenyum sinis. Mudahnya Aliya diperbodohkan. Nampaknya adiknya itu masih tidak memahami erti kehidupan sekarang ini.
“ Aliya anggap Qira tu macam kakak kandung sendiri tapi Aliya pernah fikir tak, pernah tak Qira anggap Aliya macam adik dia? Pernah tak Aliya tanya pada Qira? Pernah tak? Aliya ni memang bodoh, tahu tak!”
Syafiq mencampakkan sampul di hadapan Aliya. Segala bukti yang dikumpulkan semuanya berada di dalam sampul itu.
“ Buka sampul tu. Aliya tengok sendiri. Itu ke Qira yang Aliya anggap sebagai kawan. Abang dah siasat sampai ke akar umbi. Memang ayah Qira ada berhutang dengan ah long dan Qira yang menjadi penjaminnya. Tapi hutang mereka dengan ah long tu hanya berjumlah RM200 ribu. Balance RM300 ribu tu Aliya tahu tak Qira buat apa? Qira gunakan duit tu untuk enjoy sana sini. Qira tu jenis perempuan yang suka berpeleseran di kelab-kelab malam. Dia gunakan duit tu untuk kepentingan dia. Dari dulu lagi abang dah cakap jauhkan diri dari Qira tapi Aliya degil. Sekarang Aliya tengok apa yang Qira dah buat pada Aliya. Dia sanggup tikam Aliya dari belakang. Dia sanggup tengok Aliya bersusah payah carikan duit untuk dia tapi dia sanggup gunakan duit tu sewenang-wenangnya. Dia langsung tak hargai penat lelah Aliya selama ini!”
Tangan Aliya sudah menggigil saat melihat gambar-gambar Qira sedang berpeleseran di kelab malam. Tak mungkin! Qira yang dikenalinya bukan begitu. Qira yang dikenalinya seorang yang bertudung litup dan sopan. Bukannya yang berpakaian mengghairahkan seperti ini.
“ Tak...tak mungkin. Ini bukan Qira. Ini bukan Qira!!” Aliya sudah menggeleng tanda tidak percaya. Dia terus berlari meninggalkan Syafiq yang sedang memandangnya dengan penuh simpati.
Aliya terus memandu keretanya membelah kegelapan malam. Dia sudah nekad. Dia perlu mendapatkan penjelasan dari Qira. Aliya mencari Qira di rumah sewanya namun hampa. Qira tiada di rumah. Akhirnya dengan perasaan yang berbelah bagi Aliya memandu keretanya menuju ke sebuah pusat hiburan yang terkenal di ibu kota. Walaupun dia rasa seakan tidak mahu percaya dengan kenyataan yang didedahkan oleh Syafiq, Aliya tetap mahu memastikan kebenarannya. Dia mahu pastikan apa yang didedahkan oleh Syafiq semuanya tidak benar.
“ Qira!” Aliya terasa ingin pengsan saat melihat Qira sedang berpelukan dengan seorang lelaki. Kelihatan sungguh mesra. Mereka baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam pusat hiburan itu.
“ Aliya?”
“ Apa semua ni Qira?” Air mata Aliya sudah mengalir. Peritnya untuk dia menahan kenyataan itu. Qira yang dikenalinya selama dua tahun bukan seperti itu. Qira yang dikenalinya selama ini sangat bersopan santun, lemah lembut, bertudung litup dan sentiasa menjaga adabnya. Qira yang dikenalinya sangat baik. Bukan seperti yang berada di hadapan matanya sekarang. Bukan yang berpakaian terlalu menjolok mata dan rambut perang seperti itu.
“ Apa awak buat dekat sini?” Qira sudah gugup. Ternyata tembelangnya sudah pecah.
“ Saya yang patut tanya awak, apa yang awak buat dekat sini? Tu... siapa lelaki tu Qira. Kenapa awak benarkan dia sentuh awak sesuka hati. YA ALLAH Qira. Saya langsung tak boleh nak percaya Qira yang berada di hadapan mata saya sekarang adalah Qira yang saya kenal selama ini.” Aliya memekup mulutnya menahan esakan. Hancur hatinya selama ini. Tahukah Qira yang dia sangat menyayangi Qira. Dia sudah menganggap Qira macam keluarga kandungnya. Demi Qira dia sanggup buat apa saja. Hanya itu yang dia mampu lakukan untuk membalas budi dan jasa Qira kerana Qira sudi menjadi sahabatnya dan sentiasa ada disaat suka dan duka.
Qira mengukir senyuman sinis. Tangan teman lelakinya yang melingkari pinggangnya ditolak perlahan. Dia menghampiri Aliya.
“ Baguslah bila semua ni dah berakhir. Aku dah bosan berlakon depan kau selama ini. Aku dah bosan berpura-pura jadi baik. Aku dah betul-betul rimas bila aku terpaksa bertudung litup dan terpaksa menjaga tingkah laku di depan kau. Aku dah penat Aliya, aku dah penat. Hari ini biar semuanya terbongkar. Aku tak mahu berpura-pura lagi, aku tak mahu berlakon lagi. Kalau kau nak tahu inilah diri aku yang sebenarnya. Apa yang kau tengok sekarang, inilah kebenarannya.” Tanpa rasa bersalah, Qira terus menghamburkan segalanya di hadapan Aliya. Langsung tidak fikir tentang perasaan Aliya yang semakin terluka.
“ Kenapa awak sanggup buat macam ni? Kenapa awak tipu saya, Qira? Kenapa?” Aliya cuba memegang tangan Qira namun pantas Qira menepis.
“ Kenapa? Kau nak tahu jawapannya? Sebab kau tu anak orang kaya yang bodoh! Anak orang kaya yang senang diambil kesempatan oleh orang macam aku. Aku dekati kau selama ni pun kerana duit. Kau anak orang kaya yang bodoh, yang aku boleh guna-gunakan. Kalau aku nak duit, aku boleh minta saja pada kau. Tengoklah, bila aku minta RM500 ribu, senang-senang je kau bagi aku duit tu. Kau memang kaya Aliya. RM500 ribu tu jumlah yang terlalu kecil untuk orang kaya macam kau.” Qira sudah melepaskan tawanya. Dia sudah jadi orang kaya baru. Duit yang diberikan Aliya, dibelanjakan sesuka hatinya.
Aliya tersentap. Kalaulah Qira tahu yang dia bermati-matian selama beberapa bulan untuk mengumpul duit sebanyak itu. Dia sanggup menangguhkan pengajiannya. Dia sanggup bekerja 24 jam, tidak pernah pun dia mengeluh penat. Semuanya dia lakukan sepenuh hati. Dia juga sanggup menjadikan gelang tangan pemberian arwah tuk neknya sebagai cagaran untuk membantu Qira. Dia sanggup buat segalanya untuk Qira namun dia tidak sangka yang Qira sanggup mempermainkannya. Qira sanggup mengambil kesempatan ke atasnya untuk kepentingan sendiri. Qira memang kejam!
“ Ya, Qira. Betul awak cakap. Saya memang bodoh kerana percayakan orang macam awak. Tapi saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya dah buat. Saya buat semua ni kerana saya sayangkan awak. Saya buat semua ni kerana ikhlas nak tolong awak. Tapi saya tak sangka...saya betul-betul tak sangka... Tak apalah Qira, buatlah apa yang awak nak buat. Tentang duit RM500 ribu tu, saya halalkan. Itu harga yang saya bayar sebab selama ini awak sanggup jadi kawan saya. Itu harga untuk segala budi awak yang sanggup bersama saya sewaktu suka dan duka.”
“ Hei, dahlah! Tak payah nak berlagak baik depan aku. Kau ingat aku nak sangat ke berkawan dengan kau? Kalau bukan kerana kau tu anak orang kaya, jangan harap aku nak berkawan dengan kaulah. Sekarang kau boleh berambus dari sini. Aku pun dah muak tengok muka kau. Berambus!”
Aliya mengesat air matanya. Tak guna dia menangis kerana orang macam Qira. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Qira. Apa yang berlaku hari ini betul-betul membuatkan Aliya serik. Dia berjanji yang dia tidak akan membiarkan sesiapa pun membulinya lagi!
“ Terima kasih Qira. Terima kasih untuk segalanya!” Aliya terus memboloskan diri ke dalam kereta. Semakin lama dia di situ semakin sakit hatinya mendengar Qira mentertawakan dirinya. Tak apalah Qira. Apa pun yang awak buat pada saya, saya maafkan. Saya tak pernah menyesal berkawan dengan awak. Bagi saya awak tetap kawan saya yang paling baik yang pernah muncul dalam hidup saya cuma mungkin lepas ni saya takkan mampu menganggap awak sebagai kawan saya lagi. Cukuplah setakat ini saja saya beri awak peluang memperbodohkan diri saya.

**

“ Aku terima nikahnya Nur Aliya Batrisyah....”
Aliya sudah memejamkan matanya. Dia sudah tidak sanggup mendengar Tengku Ryan Shah menghabiskan ayat-ayat yang bakal mengubah hidupnya sedikit masa lagi. Dari hari ke hari hatinya semakin tertekan. Dalam masa beberapa bulan saja sudah bermacam-macam benda yang terjadi hinggakan Aliya sendiri rasa lemah dan lelah. YA ALLAH, hanya padaMU tempat aku mengadu dan berharap.
“ Aliya....”
Aliya terjaga. Matanya berpisat-pisat. Dikerdipkan matanya sambil memandang sekeliling.
“ Syukurlah Aliya dah sedar.” Mata Aliya kembali fokus pada mummynya. Benaknya penuh dengan tanda tanya. Bukankah tadi dia berada di ruang tamu untuk majlis akad nikah. Tapi sekarang macam mana dia boleh berada di dalam bilik tidurnya?
“ Mummy...” Aliya memandang sekeliling. Raja Badariah pun ada juga bersama mummynya. Apa yang sudah terjadi ni?
“ Yana, I pergi panggil Ryan dan yang lain-lain ya.” Puan Sri Ariyana hanya mengangguk.
“ Mummy... apa yang dah jadi ni?” Aliya masih tidak dapat memahami situasi yang sedang dialaminya sekarang. Aliya cuba untuk bangkit dari baringannya namun kepalanya terasa berat. Dia mula terasa pening.
“ Aliya pengsan tadi. Kami semua risaukan Aliya. Kenapa Aliya tak beritahu mummy yang Aliya tak sihat? Kalau tak kami boleh tangguhkan majlis akad nikah tu untuk sementara waktu.”
Fikiran Aliya kembali berputar ligat.
“ Mummy... Aliya dan Tuan Muda Ryan...”
“ Jangan panggil Tuan Muda lagi. Ryan dah jadi suami Aliya...”
Aliya sudah terbeliak. Maknanya statusnya kini sudah berubah? Dia kini bukan Aliya yang dulu. Sekarang dia adalah Aliya yang sedang menggalas satu tanggungjawab yang besar.
“ Aliya!” Syafiq sudah menghampiri adik kesayangannya. Dipeluk tubuh Aliya. Risaunya dia tadi hanya TUHAN saja yang tahu. Hampir putus nyawanya melihat Aliya yang tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.
“ Aliya tak apa-apa ke? Risaunya abang, TUHAN saja tahu.” keluh Syafiq. Dalam hati dia sangat menyesal dengan tindakannya. Sejak kes Qira beberapa bulan lalu, Syafiq seakan memulaukan Aliya. Syafiq kesal dengan tindakannya. Kalau dia tidak buat Aliya seperti itu tentu Aliya tidak akan jatuh sakit.
“ Aliya tak apa-apa. Pening sikit je.”
“ Abang bawa Aliya pergi klinik ek?”
Aliya menggeleng.
“ Abang risau...”
“ Syafiq... mummy dah bagi Aliya makan ubat. Biarlah Aliya berehat sekejap. Ryan, mari sini temankan Aliya. Ryan pun mesti nak berehat juga,kan. Jom kita keluar. Bagi peluang pada pengantin baru ni pula.”
Muka Tengku Ryan Shah sudah merah padam dengan usikan itu. Dalam hati dia sudah berdebar kencang. Dia tidak pernah berdua-duaan dengan perempuan dalam bilik seperti sekarang.
“ Er...” Untuk beberapa ketika bilik itu menjadi senyap dan sunyi. Aliya dan Tengku Ryan Shah bagaikan hilang suara. Masing-masing mendiamkan diri tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Aliya mencuri-curi pandang wajah Tengku Ryan Shah yang sedang duduk di sofa di hujung katil. Bila Tengku Ryan Shah menoleh, cepat-cepat Aliya mengalihkan pandangannya. Seketika kemudian Aliya terasa dirinya pula seakan sedang diperhatikan. Apabila dia menoleh saja ke arah Tengku Ryan Shah, cepat-cepat Tengku Ryan Shah memandang ke tempat lain. Begitulah yang terjadi untuk beberapa minit mereka berada di dalam bilik itu.
“ Tuan Muda...tentang duit RM500 ribu tu saya janji saya akan selesaikan secepat mungkin...” Akhirnya Aliya bersuara. Dia sudah tidak betah berada dalam keadaan kaku itu.
“ Hm...”
Aliya melepaskan keluhan kecil. Sejak rahsia statusnya terbongkar, Tengku Ryan Shah begitu dingin sekali dengannya. 'I hate liar!!!' Aliya menggeleng. Dia tidak mampu membuang perkataan itu jauh dari benaknya.
“ Maafkan saya...” Aliya sudah menunduk. Kesal dengan apa yang terjadi. Kalaulah masa boleh diundurkan, dia akan memperbetulkan segalanya.
Aliya tersentak apabila terasa tilam disebelahnya terhenyak. Dadanya serta merta berdegup dengan kencang saat terasa jarinya disentuh. Aliya mengangkat muka. Anak matanya bertentang dengan anak mata Tengku Ryan Shah.
“ Abang dah lama maafkan Aliya. Anggap saja apa yang sudah terjadi adalah ketentuanNYA.”
Aliya terpana.
“ Ab...abang?”
Tengku Ryan Shah tersenyum. Geli hati melihat gelagat Aliya yang nyata terkejut dengan perubahannya. Ya, dia sendiri tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Lagipun dia yakin apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Perkahwinannya dengan Aliya juga sudah diterima dengan hati yang terbuka. TUHAN sudah menetapkan yang jodohnya bersama Aliya. Jadi untuk apa dia menentang. Kalau sebelum ini pun dia sudah bermati-matian membantah bila mama dan papanya ingin menjodohkan dia namun kalau sudah tersurat bahawa Aliya adalah jodohnya, dia perlu terima. Lagipun Aliya bukannya teruk sangat. Dia pun sudah mengenali Aliya. Walaupun tidak sepenuhnya dia mengenali isterinya itu, namun bila bersama Aliya, dia berasa selesa. Dengan Aliya, dia boleh berkongsi segalanya. Jadi tidak salah kalau dia mengambil peluang yang ada untuk lebih mengenali Aliya sekaligus mencorakkan kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Tengku Ryan Shah menyeluk poket seluarnya. Gelang tangan yang dicagarkan Aliya berada di dalam genggamannya. Tangan Aliya dicapai. Sudah sampai masanya gelang itu kembali semula pada pemiliknya yang sebenar.
“ Gelang ni...” Aliya hilang kata-kata. Dia rasa sungguh terharu saat Tengku Ryan Shah memakaikan gelang itu dipergelangan tangannya.
“ Ini milik Aliya. Sampai bila-bila akan tetap jadi milik Aliya.” ujar Tengku Ryan Shah. Jari-jemari Aliya dikucup penuh kasih. Aliya mengucap syukur di dalam hati. Satu-satunya harta peninggalan tuk neknya sudah menjadi miliknya semula.
“ Abang berharap Aliya sudi terima abang seperti mana abang sudi terima Aliya dalam hidup abang. Abang nak kita sama-sama cuba corak kehidupan kita sebagai suami isteri. Walaupun sekarang mungkin tiada cinta dalam hati tapi tak salah kalau kita cuba pupuk perasaan tu. Abang yakin Aliya adalah jodoh yang TUHAN dah tetapkan untuk abang. Abang harap Aliya sudi beri abang peluang untuk buktikan yang abang mampu menjadi suami terbaik untuk Aliya.”
“ Maafkan segala yang Aliya dah buat pada abang. Aliya terpaksa tipu abang. Aliya janji Aliya akan ganti duit abang tu.”
“ Syhh...” Tengku Ryan Shah mendakap erat tubuh Aliya.
“ Anggap saja duit tu hadiah dari abang. Lagipun abang tahu Aliya terpaksa buat macam tu. Abang dah tahu segalanya. Syafiq dah ceritakan pada abang. Cuma abang berharap lepas ni Aliya berhati-hati dalam memilih kawan. Abang tak mahu Aliya diperdaya lagi. Kalau Aliya tak ada kawan pun tak apa sebab Aliya ada abang. Abang bukan saja boleh jadi suami Aliya tapi juga boleh jadi teman Aliya. Abang janji yang abang akan sentiasa bersama Aliya tak kira dalam apa jua keadaan.”
Tengku Ryan Shah berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjaga Aliya sebaik mungkin. Dia tidak akan membenarkan sesiapa pun mengambil kesempatan ke atas Aliya lagi.
“ Terima kasih abang. Terima kasih untuk segalanya.”
Aliya mengucap syukur dalam hati. Kerana RM500 ribu itu hidupnya berubah serta-merta. Segala yang berlaku memang pahit untuk ditelan namun dia percaya pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancai. AMIN....

2 comments: