PROLOG
Namaku Yusnira. Aku dikenali dengan nama Nira. Aku anak kelahiran Negeri Perak, kemudian dibesarkan di Negeri Sembilan dan kini aku menetap di Kuala Lumpur. Aku ada seorang abang yang bernama Nukman Nurhadi. Kami merantau ke Kuala Lumpur untuk membina kerjaya di sana. Masing-masing sudah mempunyai pekerjaan tetap. Abang Hadi dengan kerjayanya sebagai jurutera manakala aku pula merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat di ibu kota itu.
Kalau nak tahu, bos aku tu adalah jiran sebelah rumah aku saja. Datin Zarah namanya. Datin Zarah ni janda beranak satu. Suaminya baru saja meninggal dunia empat bulan yang lalu manakala anak lelakinya kalau tak silap aku bernama Harish sudah empat tahun melanjutkan pelajaran di kota London. Aku tidak pernah berjumpa dengan Harish. Ini kerana aku baru tiga tahun berjiran dengan Datin Zarah sebab itulah aku tidak mengenali anaknya. Tapikan, aku sedikit terkilan dengan sikap Harish. Harish langsung tak menunjukkan mukanya di hari kematian daddynya. Kata Datin Zarah, Harish seorang anak yang baik.
Uwekk!! Nak termuntah aku mendengarnya. Baik apa kalau pada hari kematian orang tua sendiri dia tidak menunjukkan muka. Takkan tak ada langsung kesedihan dihati anak lelaki Datin Zarah tu? Bagi aku… Harish tu dah dikira anak derhaka. Hisy…apa punya anaklah Harish ni…
Alamak…aku ni mengutuk orang pula. Hisy… dosa tau. Hm…nanti aku mintak maaflah dengan Harish sebab kutuk dia. Heheh…kesian dia,kan?
Arghh…mengantuknya! Dah pukul berapa ni? Hm… dah pukul dua pagi rupanya patutlah mengantuk semacam. Lagipun apa salahnya tidur lewat. Esok,kan hari ahad, bukan kerja pun. Bolehlah aku bangun lewat esok. Heheheh…eh, solat subuh tak boleh lupa. Dosa tau…
BAB SATU
“ Amboi, Nira! Lewatnya kau bangun. Dekat nak pukul satu! Apa punya anak daralah kau ni. Tak laku nanti aku tak tahu…” ujar Shira sebaik sahaja kelibat Nira muncul di hadapannya.
Shira merupakan teman serumah Nira. Mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak Nira mula-mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Itupun secara tidak sengaja, Shira hampir-hampir melanggar Nira yang sedang melintas jalan ketika itu. Sejak detik itu mereka mula berkawan sehinggalah pada suatu hari Shira mengajaknya tinggal bersama. Nira masih ingat lagi sewaktu Shira membawanya ke rumah milik gadis itu. Melopong mulut Nira melihat banglo dua tingkat tersergam indah di hadapan mata. Tidak pernah dia terfikir yang Shira tinggal di rumah besar itu seorang diri. Kata Shira, papanya memiliki beberapa buah rumah di bandar itu jadi tidak sukar untuk Shira mencari rumah untuk belajar hidup berdikari.
Memang pada mulanya Nira menyangka Shira adalah sepertinya, merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki tapi ternyata dia salah tafsiran. Shira merupakan anak orang berada malah dia juga tergolong dalam kerabat diraja, Tengku NurShira Tengku Adam Shah! Terbeliak mata Nira apabila Shira memperkenalkan dirinya dengan nama itu. Tetapi Nira berasa pelik. Shira langsung tidak menampakkan gaya seperti anak orang kaya. Penampilan dan gayanya seperti orang kebanyakan. Hanya berbaju kurung ke tempat kerja, itupun hanya dibeli di pasar malam dan di kedai-kedai biasa.
Kereta Shira juga tidak seperti anak-anak orang kaya yang hanya inginkan kereta yang mahal dan berjenama. Shira hanya berkereta kelisa dan dia amat menyayangi keretanya itu. Kata Shira, kereta kelisa itu hasil titik peluhnya selama ini dan dia sangat berpuas hati dengan usahanya sendiri tanpa perlu bergantung dengan keluarganya. Shira lebih suka hidup berdikari. Dia tidak mahu hidup hanya bergantung pada orang lain. Dia mahu merasai sendiri bagaimana susahnya berdiri dikaki sendiri untuk mencari sesuap nasi. Semangat Shira yang berkobar-kobar itu amat mengagumkan Nira. Oh ya…satu lagi kata-kata Shira yang dia tidak boleh lupa. Kata Shira, apa yang dilakukan ini juga merupakan salah satu cara untuk mencari cinta sejati. Dia mahu mencari lelaki yang sanggup menerima dia seadanya. Shira tidak mahu terperangkap dengan cinta palsu buaya darat yang hanya inginkan harta keluarganya.
Nira tersenyum. Bangga sungguh dia dengan sahabat baiknya yang bernama Tengku NurShira Tengku Adam Shah!
“Hello…are you okay? Yang senyum sorang-sorang tu kenapa? Dah kena sawan senyum?” Shira memetik jari di hadapan Nira setelah menyedari gadis itu sedang berkhayal.
“ Aku laparlah. Kau dah masak?” tanya Nira seraya menutup kegugupannya. Dia menyembunyikan senyuman melihat Shira membeliakkan mata.
“ Malas!” jawab Shira acuh tidak acuh.
“ Malas? Hei, what do you mean by malas? Today is your turn. Don’t forget it, friend!”
“ Alah, itu pun nak marah! Tadi… auntie Zarah called. Dia ajak kita makan tengahari kat rumah dia. Amacam? Nak ke tak nak?”
Nira tersenyum lebar.
“Rezeki jangan ditolak!” jawab Nira sambil mengusap perutnya yang berkeroncong hebat.
Ini yang buat dia bertambah sayang dengan Datin Zarah. Datin Zarah bukan sahaja majikan yang baik dan bertimbang rasa tapi juga pemurah. Bukan sekali dua jirannya itu mengajak mereka makan dirumahnya malah sudah berpuluh-puluh kali atau rasanya sudah beratas-ratus kali. Boleh dikatakan setiap minggu. Ada hikmah disebalik mereka berjiran dengan Datin Zarah. Hahaha…
“ Aku pergi tukar baju dulu.” Nira bingkas berlalu.
No comments:
Post a Comment