BAB EMPAT
NIRA melangkah perlahan sebaik sahaja turun dari teksi. Hari ini dia ketinggalan bas lagi. Memang itulah rutin hariannya.Kalau shira tidak dapat menghantarnya, dia akan pergi dengan menaiki bas.Lagipun dia tidak mahu menyusahkan Shira.Jarak antara tempat kerja Shira dan Nira agak jauh juga.Dia tidak mahu Shira bersusah payah menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Oleh itu, Nira lebih suka menaiki bas.
Kalau dahulu,Datin Zarah pernah mempelawa Nira pergi ke tempat kerja bersamanya.Namun begitu Nira menolak dengan alasan yang munasabah.Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lagipun siapalah dia, rasa macam tidak layak pula berjalan dengan pemilik Permata Gemilang.
Nira melintas jalan di mana waktu itu jugalah sebuah kereta BMW biru metalik meluncur laju ke arahnya.Nira bungkam.Kakinya terasa berat untuk melangkah.
Nira memejamkan mata rapat-rapat .Sudah sampaikah ajal aku? YA ALLAH …selamatkanlah hamba mu ini. Aku belum nak mati lagi. Tolonglah selamatkan aku!
“Hoi,perempuan! Yang berdiri dekat situ kenapa? Menghalang perjalanan orang saja.Kalau nak mati pun,matilah kat tempat lain.”
Nira segera membuka mata apabila telinganya mendengar rungutan seseorang.Anak matanya tepat menikam wajah seorang lelaki yang menjengulkan kepala melalui cermin pintu hadapan kereta BMW itu. Seakan pernah dilihat wajah itu tapi dia kurang pasti siapa gerangan lelaki berkaca mata hitam itu…
“Hei,yang tercegat lagi di situ,buat apa?! Ketepilah…orang nak lalu. Bila melintas gunalah mata bukan guna lutut,”jerkah lelaki itu.
Nira mengetap bibir. Geram!Mak oi…berlagaknya mamat ni.Mentang-mentanglah kereta besar.
“Kesiannya… dah lah bodoh, pekak pulak tu,” Bergerak-gerak cuping telinga Nira mendengar kata-kata sinis lelaki itu.
Nira mencekak pinggang. Marah! Dia melangkah dengan penuh lagak menghampiri BMW itu. Kurang ajar punya jantan. Ambik kau!
Nira melepaskan tendangan hebat pada tayar kereta lelaki itu walaupun dia tahu perbuatannya itu hanyalah sia-sia. Kira baguslah aku tendang tayar kereta dia, kalau ikutkan hati aku yang sedang membara ni, nak je aku tendang kepala dia. Biar jadi mereng! Dengan pantas Nira melarikan diri. Risau juga dia kalau-kalau pemilik kereta itu membelasahnya. Tak ke haru…
Muka lelaki itu merah padam menahan marah.
“ Cis, orang gila rupanya!” Dia merungut.
***
“ NIRA, masuk sebentar!” Suara Datin Zarah kedengaran di interkom.
Nira menurut. Pantas dia menghalakan langkah ke arah bilik pengurus besar Permata Gemilang. Pintu diketuk berkali-kali sehinggalah kedengaran suara Datin Zarah menyuruhnya masuk. Dengan gaya sopan Nira menolak daun pintu. Matanya menikam ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya. Nira mengerutkan dahi. Eh, bila pulak lelaki ni masuk? Hm… mungkin masa aku ke tandas tadi agaknya.
“ Mari Nira. Auntie nak kenalkan Nira dengan seseorang.”
Lelaki itu bangun lalu menghadap ke arah Nira. Nira membulatkan mata sebaik saja terpandang wajah lelaki itu. Lelaki itu turut menunjukkan reaksi yang sama.
“ Inilah anak auntie, Harish Saufi! Harish akan mula bekerja di sini mulai hari ni. Jadi auntie nak Nira bantu Harish apa yang patut.”
Nira mengangguk tanda patuh. Kemudian dia melepaskan keluhan kecil. Dia terlupa yang Datin Zarah ada memberitahunya yang Harish akan mula berkhidmat di Permata Gemilang bermula pada hari ini. Tapi kenapa mesti lelaki itu? Kenapa lelaki berlagak ni yang jadi bos aku? Masalah…masalah…
“ Sebelum tu auntie nak Nira kenalkan Harish pada staf-staf di sini. Nanti lepas lunch dalam pukul dua, kita akan adakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah untuk memperkenalkan Harish . So, auntie nak Nira uruskan segalanya. Sekarang, auntie terpaksa pergi ke Bangsar untuk berjumpa klien di sana. Auntie mintak diri dulu.”
Datin Zarah mencapai beg tangannya. Dia menghampiri Harish.
“ Mummy pergi dulu, Harish. Nira akan uruskan segala-galanya di sini. Jadi Rish tak perlu risau apa-apa.”
Harish mengangguk tanda faham.
“Take care mummy. I love you!”
Harish menghantar pemergian Datin Zarah dengan pandangan matanya. Setelah kelibat Datin Zarah hilang dibalik pintu, Harish mula memfokuskan pandangan matanya ke arah Nira yang turut sama memandangnya.
“ Mari Harish, ikut saya.” Cepat-cepat Nira bersuara sebaik saja matanya bertentangan dengan anak mata Harish. Entah mengapa dia berasa gugup dengan renungan itu. Cepat-cepat dia mengukir senyuman walaupun ternyata hambar. Dia cuba berlagak biasa.
Nira mengatur langkah namun tindakannya dihalang oleh Harish.
“ Hei you, wait for a minutes. I think I should remember you something.”
Nira mengangkat kening. Apa bendalah yang mamat ni nak beritahu aku?
Harish membetulkan kedudukan kot yang tersarung dibadannya sedangkan pada pandangan mata Nira kedudukan kot itu sudah begitu sempurna. Kemudian lelaki itu mematah-matahkan jarinya pula sambil memandang Nira yang sudah keresahan. Lagaknya bagaikan samseng dijalanan. Betul ke dia ni bakal bos aku? Kalau macam inilah gayanya, nampaknya tak lamalah aku bekerja di Permata Gemilang ni. Desis hati Nira.
“ Starting from today, I’m your big boss. So, please don’t call me Harish. You better call me Encik Harish, understand?”
Nira mencebik. Entah mengapa dia mula rasa meluat. Belum apa-apa lagi dah nak tunjuk lagak. Entah-entah apa yang aku sangka selama ni memang ada benarnya.
“ Yang awak buat muka macam beruk tu kenapa? Tak faham apa yang saya cakapkan tadi? Nak saya terangkan satu-persatu pada awak ke?”
“ Tak perlu! Lagipun saya bukannya bodoh.”
Nira makin menyampah dengan sikap Harish. Kalaulah aku ni pemilik Permata Gemilang, dah lama aku tendang Harish keluar!
“ Good! Sekarang saya nak dengar awak panggil saya Encik Harish.”
Hisy… mengada-ngadanya mamat ni. Nira merungut.
“Encik Harish…” ucap Nira dengan mimik muka yang seakan mengejek. Malas dia mahu bertekak dengan lelaki berlagak itu. Ikutkan sajalah apa yang disuruh.
Harish tersenyum puas. Dia berasa bangga kerana Nira menurut kata-katanya.
“ I’m your boss. Hormat dengan saya sikit. Saya yang bayar gaji awak. Kalau awak rasa awak dah boring kerja kat sini, awak boleh berhenti. Banyak lagi orang kat luar sana tu nak gantikan tempat awak.”
Mak oi…angkuhnya mamat ni! Belum apa-apa lagi dah bercakap pasal berhenti kerja. Bila masa aku bosan dengan kerja aku ni? Ke…kau yang nak sangat aku berhenti kerja? Kau ingat aku heran sangat ke dengan company mak kau? Hei, aku bila-bila masa je boleh letak jawatanlah! Cuma aku je yang tak nak. Nanti kalau aku berhenti kerja, mana aku nak cari makan. Sekarang bukan senang nak dapat kerja. Tunggu aku dah kahwin dengan orang kaya baru aku berhenti kerja, tak payah pening-pening kepala bekerja dengan kau. Argh…geramnya aku! Kenapalah aku dapat bos seteruk Harish ni. Baru hari pertama dia dah menunjukkan belang! Rungut Nira panjang lebar. Dia betul-betul tidak puas hati. Sebelum berjumpa Harish dia sudah berfikiran negatif terhadap lelaki itu, kini bila sudah mengenali lelaki itu, bertambah-tambahlah pandangan negatifnya terhadap Harish.
“ Dan lagi…saya mahu awak buat apa saja yang saya suruh. Kalau saya suruh awak cuci lantai, awak mesti buat tanpa bantahan. Faham?”
Terbeliak mata Nira mendengar kata-kata Harish. Wah, ini sudah melampau!
“ Excuse me Encik Harish. Saya hanya secretary awak bukannya orang gaji. Encik Harish jangan terkeliru pulak dengan jawatan saya sekarang ni.”
“ Peduli apa saya. Saya bos di sini. Saya yang berhak tentukan apa saja. Kalau saya nak pecat awak sekalipun, bila-bila masa saja saya boleh lakukan,”kata Harish dengan angkuh.
Nira mengetap bibir. ‘Saya bos di sini’…Eleh, blahlah kau!
Nira mengajuk cakap Harish di dalam hati.
“ Sudah, jangan nak mengajuk saya melalui mimik muka awak . Buruk mcam beruk!”
Dah dua kali kau samakan aku dengan beruk. Geramnya aku! Mentang-mentanglah kau bakal bos aku. Macam bagus! Harap muka saja handsome tapi budi bahasa tak ada langsung. Tunggulah bila aku dah ambil alih company mak kau nanti. Aku akan pecat kau tanpa banyak soal! Nira sudah berfikiran melalut. Hai…sampai ke tua belum tentu Nira mampu mengambil alih syarikat Datin Zarah. Hanya mampu bermimpi di siang harilah nampaknya Nira…
Antara Datin Zarah dengan Harish memang jauh berbeza. Datin Zarah memang terkenal dengan budi bahasanya tapi Harish…MASYA ALLAH, tak tahulah aku nak kata apa. Entah-entah Harish ni hanya anak angkat Datin Zarah, itu sebab perangai mereka tak sama. Hm…menarik ni! Nira mengetuk kepalanya. Berhenti merepek Nira!
“ Nira…awak kena ingat yang awak ada berhutang dengan saya.”
Nira menjungkitkan kening beberapa kali. Hutang apa pula ni? Harish ni memang suka buat aku bengang.
“ Oh, yeke? Hutang apa yang Encik Harish maksudkan tu?”
Nira memeluk tubuh. Dia cuba menentang sinar mata Harish yang sedang memandang sinis ke arahnya. Hm…cantik juga mata Harish. Anak matanya berwarna coklat. Mata arwah daddy nya juga berwarna coklat. Wajah Harish juga ada iras-iras wajah daddynya. Nampaknya Harish lebih cenderung kepada arwah daddynya berbanding Datin Zarah. Tapi perangai dia ikut siapa? Datin Zarah dan arwah suaminya kaya dengan budi bahasa sedangkan Harish…macam jin afrit!Astagfirullah…
“Eh, awak dah lupakah yang awak ada tendang kereta saya tadi. Awak kena ingat yang kereta saya tu bukan tempat untuk awak lepaskan kemarahan. Lagipun kereta saya tu masih baru, mahal pula tu. Saya harap awak tak tendang kereta saya tu kerana cemburu. Maklumlah awak mana mampu beli kereta mahal macam tu. Betul tak?” Harish bersuara sinis.
Nira mendengus kasar. Berlagaknya! Kau ingat aku heran sangat ke dengan BMW kau yang buruk tu? Kau ingat aku tak mampu nak beli ke ha? Jangankan BMW, kapal terbang pun aku mampu beli. Tapi kapal terbang mainan je lah yang aku mampu. Huhuhu…
“ Saya tak heranlah dengan awak, Encik Harish! Saya…”
“ Stop talking, please. I don’t care what are you feel now. In fact, I’m your boss. No matter what happen, you must respect on me. Argh… sudahlah! Mari bawa saya berjumpa dengan staf-staf di sini,” kata Harish dengan lagaknya. Dia mengatur langkah meninggalkan Nira yang masih tercegat di situ.
“ I’m your boss’.” Nira mengajuk semula kata-kata Harish.
Langkah Harish terhenti.
“ Excuse me… Boleh awak ulang balik apa yang awak kata tadi?”
Nira tergamam. La… mamat ni dengarkah apa yang aku kata tadi? Telinga dia macam telinga lintah!
“ Er… tak ada apa-apalah!”
Nira mengatur langkah pantas menuju ke muka pintu. Harish melemparkan senyuman sinis melihat Nira yang agak kelam kabut itu.
No comments:
Post a Comment