BAB DUA
“ HARISH akan balik ke Malaysia,” ujar Datin Zarah sewaktu mereka sedang beristirahat di halaman rumah yang agak luas itu.
Nira membulatkan mata. Harish nak balik? Rupa-rupanya ingat juga ‘budak derhaka’ tu pada tanah airnya. Ingatkan mamat tu nak terus menetap dekat London tu. Bukankah lagi elok, tak adalah menyusahkan aku! Eh, apa kena-mengena pulak dia dengan aku? Ish…ish…ish…
“ Bila?” Shira berminat ingin tahu.
“ Katanya minggu depan. Ee…tak sabar auntie nak jumpa anak tunggal auntie tu. Rindu sungguh auntie pada Harish!”jawab Datin Zarah dengan gembira. Bersinar-sinar mata wanita itu bagaikan sinaran kilauan emas permata. Cewah!
Kalau dahulu Datin Zarah dan suaminya selalu melawat Harish di London. Namun begitu, kesibukan mereka di dalam dunia perniagaan membataskan masa mereka untuk bertemu dengan Harish.
“ Auntie dah buat keputusan untuk melepaskan Permata Gemilang ke tangan Harish. Auntie ingat auntie nak berehat saja. Nampaknya Nira bakal dapat bos baru nanti.”
Hah! Mulut Nira ternganga kecil. Harish akan jadi bos aku? ‘Budak derhaka’ tu…
“Kenapa pula auntie? Ish, tak bolehlah macam tu…”
“ Kenapa Nira cakap macam tu? Nira tak suka dapat bos baru ke? Ke… Nira tak yakin dengan Harish? Nira tak pernah mengenali Harish. Nanti bila Nira dah jumpa dengan Harish, Nira akan kagum dengan kebolehan dia. Silap haribulan, Nira pula terpikat dengan Harish!”
Nira mengetap bibir. Ah, sudah! Mulalah Datin Zarah nak melalut. Tak ingin aku pada ‘budak derhaka’ tu. Selisih malaikat 44!
“ Nak ke auntie bermenantukan Nira ni? Nira ni pemalas tau, selalu bangun tidur bila matahari dah terpacak atas kepala. Tengoklah macam tadi, bangun tidur je terus tanya saya dah masak ke belum,” kata Shira lalu ketawa. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah Nira yang sudah masam mengalahkan mangga muda itu menderaskan lagi tawa Shira.
“ Kau tu yang pemalas, cakap orang pula,” marah Nira. Dia terus mencubit lengan Shira membuatkan Shira terjerit kecil.
Datin Zarah ketawa melihat gelagat dua sahabat itu.
“ Auntie tak kisah kalau Nira ni pemalas sebab bila Nira dah kahwin dengan Harish…tahulah auntie nak buat dia rajin.”
“Wah beruntunglah kau dapat mak mentua sebaik auntie Zarah ni.Aku tumpang gembira untuk kau,Nira,”sela Shira sambil menepuk lembut bahu Nira.
Nira mula tidak selesa duduk apabila dia dan Harish menjadi tajuk utama perbualan mereka pada waktu itu.Kenapa mesti dikaitkan aku dan Harish, kenal pun tidak. Argh…rimas!
“Eh, kau ni Shira!Aku rasa kau dengan Harish lagi secocok.Sama-sama ada rupa dan berharta, auntie Zarah pun tak kisah kalau kau jadi menantunya. Betul tak, auntie?”
Nira tersenyum memandang Datin Zarah.
“Auntie tak kisah.Shira pun cantik dan baik.Sesuai sangatlah dengan Harish. Auntie pun suka.”
Ha…itulah yang aku nak dengar. Padan dengan muka kau,Shira. Itulah nak kenakan aku lagi. Nira meletuskan tawanya melihat wajah kelat sahabat baiknya.
“ Hei, jangan nak mereka cerita yang tak masuk dek akal. Tak mungkin akan terjadi!”
“ Kalau dah jodoh takkan ke mana Shira,” balas Nira selamba. Shira mengetap bibir. Aku pula yang terkena. Rungutnya.
“ Eh, sudahlah tu, Nira. Dah merah padam muka Shira. Kesian dia.” Datin Zarah mula bersuara setelah menyedari gelagat Shira yang seakan-akan sedang menahan marah.
“ Yelah, auntie. Tak perasan pula yang muka Shira dah merah padam macam tu. Seronok sangat menyakat dia,” ujar Nira pura-pura tidak menyedari gelagat Shira.
Datin Zarah ketawa kecil. Ada-ada saja gelagat anak-anak angkatnya itu yang mencuit hati.
“ Kamu berdua tak ke mana-mana ke petang ni?” Datin Zarah mula mengubah topik untuk mengelakkan suasana yang lebih tegang antara Nira dan Shira.
“ Duduk rumah saja auntie. Tak tahu pula nak ke mana. Tak tahu pula kalau Nira ada plan baik hari ni,” jawab Shira lalu menyedut fresh orange yang disediakan oleh Mak Limah selaku pembantu rumah Datin Zarah sebentar tadi.
Nira hanya mengangkat bahu apabila Datin Zarah dan Shira mengalihkan pandangan ke arahnya. Dia juga tiada apa-apa perancangan melainkan makan dan tidur saja sepanjang hari ini.
“ Kalau macam tu bolehlah Nira dengan Shira teman auntie pergi bershopping petang nanti.” Datin Zarah memberikan cadangan. Dia berharap kedua-dua orang gadis yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu menerima pelawaannya.
“ Shopping? Wah…bestnya. Dah lama kita tak pergi shopping, kan Shira?” Nira yang sememangnya hantu shopping itu menyampuk dengan gembira. Berbunga-bunga hatinya.
Shira hanya mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Nira. Sudah lama juga dia tidak keluar berjalan-jalan. Selalunya waktu hujung minggu begini, mereka lebih senang menghabiskan masa duduk di rumah sahaja.
“ Kalau macam tu, ikut auntie petang ni!” Shira dan Nira mengangguk.
No comments:
Post a Comment