Friday, 2 December 2016

Kau Bintang hatiku 3

BAB TIGA


   NIRA keresahan. Entah mengapa hari-hari yang berlalu menggelisahkannya. Kalau boleh dia mahu masa itu berlalu dalam jangka masa yang terlalu panjang. Harish? Ah,bakal bos aku tu!Aduh….Rasa tak sanggup pula bila ada orang lain ambil alih tempat Datin Zarah.
   Harish tu …entahkan baik entahkan tidak.Baikkah Harish seperti mana baiknya Datin Zarah pada aku? Macam mana kalau aku dapat bos seperti di tempat kerja lama aku tu,cerewet,suka mengarah itu ini,suka menengking dengan pekerja-pekerjanya,…Macam itukah Harish? Kalau Harish macam tu…habislah aku.Kena tukar kerja lagilah nampaknya kalau aku tak tahan nanti.Hisy…kenapalah kau balik Harish. Bukankah lebih elok kalau kau terus menetap di London. Arghh…apa aku nak buat ni. Ah,tunggu dan lihat sajalah apa yang akan terjadi.
   “Hoi!”
   “Opocot mak kau!”Nira terperanjat besar apabila dirinya disergah dari belakang.Bagai nak gugur jantungnya.
Shira ketawa besar.

   “Apa ni Shira, terkejut aku. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak…dah lama ‘gol’!”ujar Nira sedikit marah dengan kelakuan Shira terhadapnya.
   “ Sebab kau tak ada lemah jantunglah aku terkejutkan kau.”
Shira melabuhkan punggung di atas sofa. Dia menekan punat remote control mencari siaran yang menarik.

   “Mengelamun apa sampai aku datang pun kau tak sedar?”
Nira menghela nafas panjang. Mengingati kepulangan Harish menyebabkan hatinya kembali resah.

   “ Harish…”
   “ What? Harish? Wah, dah tak sabar-sabar lagi kau nak sambut kepulangan dia. Ada apa-apa ke?” usik Shira sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.
   Nira membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata Shira.

   “ Excuse me… jangan salah anggap tau. Aku langsung tak kenal Harish dan aku tak berminat nak mengenali dia,” kata Nira tegas.
   “ So, what’s the problem?”
   “ Kan auntie Zarah ada cakap yang Harish akan mengambil alih Permata Gemilang. Tu yang aku risau sekarang.”
   Shira tersenyum sambil menggeleng kepala.

   “ La… pasal tu pun kau nak pening-peningkan kepala. Biar sajalah Harish tu ambil tempat mummy dia. Lagipun dapat juga kau bos baru.”
   Nira mendengus.

   “ Aku tak kisah kalau Harish tu baik macam Datin Zarah, tapi kalau Harish macam bos kau tu…ha… apa aku nak buat?” kata Nira. Sudah faham benar dia dengan karenah bos Shira yang cerewet kerana Shira sering menceritakan ‘kejahatan’ bosnya itu kepada Nira. Kata Shira, harap muka saja handsome tapi perangai mengalahkan jin afrit.
   “ Ha… elok juga kalau macam tu. Dapat juga kau rasa apa yang aku rasa bila dapat bos yang cerewet macam tu.”
   
   Muka Nira sudah cemberut. Sebelum ini pun dia memang pernah bekerja dengan bos yang cerewet. Sebab itu dia sanggup tukar kerja.
   Shira ketawa setelah menyedari riak wajah Nira yang masam mencuka.

   “ Tak baik kau tuduh Harish yang bukan-bukan. Be positive okay. Bila kau dah kenal dia, hati budi dia… baru boleh complaint,” ujar Shira.

   Nira terdiam. Ya tak ya jugak. Aku ni belum apa-apa lagi… dah fikir yang bukan-bukan. Kesian Harish. Tak pasal-pasal aku buruk-burukkan dia. Tak apa…nanti aku mintak maaf pada dia.

   “ So… macam mana pula dengan bos ‘kesayangan’ kau sekarang?”
   Shira menjengilkan matanya.

   “Bos kesayangan?He is the most bad boss in the world. Boleh blah…Kalau dia tak ada kat office…aman saja…tapi kalau dia ada…MASYA ALLAH macam gunung berapi nak meletus.”
   Nira ketawa.
  “ ‘Sangkut’ nanti aku tak tahu. Bos kau tu muda lagi.Tak kahwin pulak tu…”
Shira mendengus kasar.

   “Hisy…selisih malaikat 44. Setakat lelaki macam tu…aku tak ingin .Dibagi free pun aku tak nak. Sebelah mata pun aku tak pandang. Kau nak tahu, apa yang dia
cakap pada aku hari ni…. ‘Hei, you!Hari-hari muka you je yang I nampak.Tak ada muka lainkah,fed-up I.Hei, bila you nak berhenti kerja?… I dah boring tengok muka you….’ Ee….menyampah aku. Dah aku kerja dekat company dia memanglah hari-hari dia akan nampak aku. Tu pun dia tak boleh nak fikir ke? Geramnya!”
   Nira tergelak melihat Shira mengajuk cara bosnya bercakap.Amat menggelikan hati.

   “Habis tu kau tak nak berhenti kerja?”
   Shira menggeleng.

   “Peduli apa aku dengan dia. Aku akan terus bekerja di situ kecuali kalau dia betul-betul pecat aku.”
   “Kau masih mampu bertahan sehingga sekarang. Kalau aku lah …tak tahu aku nak buat apa.”
   Shira mengeluh.

No comments:

Post a Comment